The Fans

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, February 26, 2011

Esok :)

Seriously tak sabar tunggu hari esok.
Esok nak jumpa En. Bf.
Esok dapat hp baru.
Esok nak shopping skit. *Janji sikit je*
Esok nak tengok wayang.
Esok nak makan ice creams, cakes, pastas, spaghettis. *Kenapa semua food pon plural "=_=*
Yang paling penting, esok nak lepas rindu :)

Friday, February 25, 2011

Cerita Superstar sudah 2-2-2


Wow. Cantik betul lah. Cerita superstar harini dah berumur 2-2-2 :) Tak sangka lah. Padahal time mula- mula buat saje je macam nak tulis diari lah kan.

Sampai sekarang pon i asyek malas je nak drop comment kat blog orang. Usually i ni silent reader type. Tapi dekat dalam blog list i tu, kalau depa update confirm i akan baca lah. Tapi jarang sangat i comment.

Maybe sebab tu lah blog i pon sama. Dah la followers baru 23 orang je +_+

Mula- mula url blog ni adalah http://azreenshafie.blogspot.com. Then atas sebab tertentu, i tukar ke http://ceritasuperstar.blogspot.com/

Macam- macam kenangan pasal blog ni tau. Tak termasuk anon yang sibuk duk kutuk i. Tak faham betul. Blog tak famous pon ada anon nak kecoh- kecoh. I rasa si anon tu sebenarnya orang yang jeles dengan i, and i kenal dia. Tapi i malas nak amek port so buat bodoh je lah.

Yang penting, i happy dapat ber-blog!

Thursday, February 24, 2011

Sakit kepala, pening kepala.

Kenapa lately ni i asyek sakit kepala je? Sakit kepala kat bahagian atas. Siap package ada rasa nak muntah and keluar- keluar angin ikut mulut (sendawa) lagi. Dah 2 hari kot. Bila petang dah nak balik kerja je, rasa lah macam ni :(

And satu lagi pening kepala yang kita rasa macam dunia ni pusing- pusing. Kalau bangun je mesti rasa nak tumbang balik. Sedih nya sakit- sakit macam ni.

Nak kena makan ubat apa ye?

Tuesday, February 22, 2011

Orang yang mencintai kamu

Jumpa article ni di Facebook. Sangat menyentuh hati dan betul apa yang ditulis, pada pandangan i.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’
  16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
  23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Azreen di- review. Malu "-_-

Dalam entry ini, i ada mention yang i join ini kan? Malam nya, i bukak blog tengok dekat blog Shahazrin tu, dia dah review pasal i. Cepat betul lah. Malu lah i. Hehe. Kebetulan nama pula nak dekat sama kan?

Kalau nak tengok, boleh pergi sini.

Tapi astrological sign i Aries lah, bukan Aquarius +_+ Apa- apa pon, thanks to Shahazrin sebab sudi review blog i :)

Monday, February 21, 2011

Saya Mahu Di- Review

Tadi i jalan- jalan di blog (blogwalking) and terjumpa tawaran ni dekat blog Sahazrin.

Jadi saja i mahu cuba nasib lah kan? Siapa tahu. Nak juga tengok, macam mana rupa pandangan orang pada blog i.

Ok, now tengah buat muka teruja :P

To Broga Hill then to Port Dickson


Broga Hills
Well, after few times Ejat ajak i naik Broga, akhir nya i naik lah jugak. Dengan tak ada preparation/ training semua terus i naik. Dah lama kot tak bersenam tegangkan urat- urat. Kesan nya, harini habis satu badan i sakit :(

Mula- mula Ejat planned dengan coursemate dia, tapi last- last i, Ejat & Ewe je yang naik. Coursemate Ejat entah ke mana ntah -_- Pagi tu, gerak dari rumah dalam pukul 5.30 am macam tu lah. Itu pon lepas siapkan sandwiches & scramble eggs :) Gerak ke Semenyih & amek Ewe kat sana. Sampai kaki bukit dalam pukul 6.45 am (itu pon lepas sesat2 nak amek Ewe) then terus gerak panjat.
Ni lah Ejat si housemate
Ewe ni pon YTD-ians
Broga tak lah mencabar sangat time nak naik. Tapi, nak turun yes. Curam gila. Seriau i. Tapi releks je i tengok ramai kot budak- budak kecik & mak cik- mak cik naik +_+ Rasa tercabar. Tapi x dapat tengok sunrise sebab ntah lah. Tiba- tiba tak ada pon matahari. Haha.

Lepas turun ingat nak mandi air terjun, tapi tak jadi. Amek Mat Yie & dia bawak kami pergi makan brunch. Time tu dah pukul 10.30 am la jugak kot. Lepas makan yang sedap tu, Ewe cakap nak pergi PD sebab nak tengok kereta (Ewe & Mat Yie ada buat bussiness kereta).
Tunggu Mat Yie & Ewe
Tapi kereta depa rosak kat UPM malam tadi so terpaksa naik kereta Ejat lah. Actually nak pinjam, so macam fully supported by the boys la. The girls ni macam menyibuk je ikut. Haha. Tak pasal- pasal.

Before ke PD, ke UPM dulu ambil kereta dengan tow truck. Sempat lah jugak singgah dalam UPM ada macam jual- jual maybe dia orang ada pesta apa- apa lah kot. Kalau tak silap i, dekat Kolej Serumpun nama dia. I & Ejat siap beli baju lagi sebab kata nya nak ke PD kan, tapi kami x mandi lagi :P
Beli baju kat UPM, terus pakai :P
Lepas dah settle dengan tow truck, terus je gerak ke PD untuk jumpa brother yang nak jual kereta tu. I dengan Ejat sumpah bosan gila tunggu the boys settle kan urusan, duduk dalam kereta je lepak- lepak tido- tido makan- makan sandwiches yang di bawa. Akhirnya urusan selesai ingat nak ke PD mandi, tapi sudah terlewat :(

Brother tu tengah test kereta sendiri yang nak dijual
Jadi, ke PD hanya bergambar di pantai & makan Nasi Kukus Ayam Bakar yang sumpah sedap dengan pekerja bergaya ala Cowboy sungguh hebat. Hahah.



Nasi kukus ayam bakar yang sedap

Abang Cowboy
Akhirnya sampai rumah pukul 8.30 pm lepas hantar the boys. Balik rumah qada' mandi dengan jaya nya, tengok Mentor kejap (haha!) & terus tido lena :):):)

Friday, February 18, 2011

A new assistant

Adoi, lah. Serabut gila i. This week ada budak baru masuk, he is an assistant to me. Tapi kan, time interview dia dulu i macam tak berapa berkenan sangat dengan dia actually. Tapi my boss, Mr. M insist jugak nak dia. So i redha je lah.

Tapi masalah nya, he is kind of menyusahkan i lagi adalah instead of assisting me +_+ Sedeh betul i. His English, sorry to say is very poor. Bukan lah i nak kutuk dia or whatever, cuma nak luahkan. I tau dia still boleh belajar kan?

Ok, sabar. Mungkin he is still new kan? Banyak benda i nak kena ajar dia ni. Stress +_+

Thursday, February 17, 2011

Entry khas untuk Noor Hani Rahim, ada banyakkkkkkk gambar i :)

Remember this entry about me saying i've gained a lot of weight? Well, Hani tak percaya ye u? Tengok sendiri lah, bukti semua gambar ni. Ini semua latest :( Benci lah macam ni.

Ini yang paling latest, weekend lepas after balik from go- kart
11-02-2011
Ini close up sikit. Tengok jerawat banyak gila :(
Ini pulak the night after Zaki's wedding.
15-01-2011
Ini pon sama jugak.
15-01-2011
Sekarang u nak percaya tak Hani? Cepat balik Malaysia bukak klinik sendiri boleh sedut lemak i! Tak sukeeee.

Sunday, February 13, 2011

A bless weekend with girlfriends

Life currently being so life-less. One time i'm being super happy with my girlfriends, the other time i'm being very quiet in my bed +_+ I don't feel like me anymore. And the highlight is, i've gained weight. A lot like 10 kgs. Omaigad. Benci kan? And the jerawat(s) tumbuh like tomorrow never come. Double benci.
######################################################
On Thursday, Zamzarina from YTD came and tumpang my place for her interview. On Friday, we (Me, Zam, Ejat & Zareen) went to Sepang for go-cart. Kat sana, every Friday night is a ladies night. So ladies akan dapat percuma 10 mins. Kalau bawak laju boleh lah dapat like 8-10 laps la kot. Like we did haritu. Tak tahu lah kalau orang lain akan dapat lebih :) Then we balik tu Shah Alam & dinner. Before balik rumah, we went to MSU (Ejat & Zareen are medical students there). Motip cuma nak camwhore sahaja. We sampai MSU pon dah almost 12. Then 12.15 macam tu pak guard halau secara halus dengan turn- off the lights, tapi tak mematahkan semangat kami still buat muka tak malu duk bergambar dekat depan signature MSU :P

Esok nya (Sabtu) again kami keluar berempat. Actually Ejat & Zareen ada bowling tournament. It's their collage's activites actually. So Zam & I tagged along, being so boring at home. It was at Plaza Alam Sentral. Before pergi main bowling, makan Ayam Penyet dulu to fulfill my craving. No wonder i gained a lot of weight kan? :P After that, Aleep, a friend of Zareen & Ejat belanja-ed us at Dominos. Hehe. Buat muka tak malu je, tak kenal tiba- tiba join orang nak belanja. Tengah makan tu boleh pulak terserempak dengan Erin, also a friend from YTD.

Before balik rumah singgah beli tiket Zam nak balik Terengganu. Otw nak balik terserempak orang jual durian so beli 3 biji durian mahal gila which cost us RM32. Tapi beli jugak sebab masing- masing craving. Balik makan durian & Zam buatkan bubur pulut durian super sedappp.

Harini pulak (Ahad) after hantar Zam dekat bus stand pukul 9.30 am, Ejat & I pergi cari breakfas (karipap). Pergi car wash hantar kereta, balik rumah sambung tido semula sedar- sedar dah pukul 12.30 +_+

A bless weekend with girlfriendsss :)

Friday, February 11, 2011

More nice date.

Another nice date to be marked on my blog :)
11.02.11

Thursday, February 10, 2011

Resepi Kek Keju Tanpa Bakar

Tadi i blogwalking and terjumpa la resepi ni. So, harus letak kat blog dulu & marked and bila i rasa nak cuba nanti, i akan buat lah. Satu hari nanti mesti buat jugak :P Cara dia macam senang je, tak payah bakar sebab rumah sewa i ni tak ada oven. And gambar dia nampak sedap, tak tahu lah +_+ Maybe weekend ni boleh buat kalau rajin.

Bahan-bahan:
1) 100 gram biskut perisa coklat – hancur kasar
2) 1 ¼ cawan biskut perisa coklat – hancur halus
3) 50 gram mentega
4) 3 sudu besar gelatin sayuran
5) ¼ cawan air suam
6) 500 gram krim keju
7) ½ cawan gula kastor
8) 1 cawan krim segar
9) 2 sudu besar jus lemon

Cara Penyediaan:
1) Satukan biskut yang dihancur kasar bersama mentega. Gaul rata dan masukkan ke dalam loyang kek yang boleh dibuka tepi berdiameter 20cm. Mampatkan adunan biskut ke dasar loyang hingga rata dengan menggunakan belakang sudu. Masukkan ke dalam peti ais seketika untuk keraskan dasar kek ini..

2) Larutkan gelatin dalam air suam. Masukkan krim keju dan putar hingga lembut. Masukkan gula dan teruskan putaran sehingga sebati.

3) Masukkan jus lemon, krim dan biskut yang dikisar halus. Kacau sehingga sebati. Tuang adunan ke dalam yang telah disejukkan tadi. Ratakan permukaan atasnya dan masukkan ke dalam peti ais selama sejam atau sehingga kek menjadi pejal.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Source

Of being batuk & selsema

Currently not feeling very well. Been coughing & flu. Start since last week lagi, after i balik ber- Burger King dengan family. Maybe because of the Coke.

Batuk teruk dengan kahak hijau euuww. Penat batuk. Nak bernafas pon tak selesa. Beli dequadin dengan harapan akan cepat sembuh. Tapi rasa macam makan gula- gula gummy worms pon ada +_+

And the best part is bila si bf mengadu dia pon tak sihat batuk- batuk juga. Siap demam lagi pagi ni. Aish, susah betul bila dah chemistry bonding ni kuat sangat kan? '-_- Semua benda pon nak sama. Demam pon nak sama- sama. Sabar je lah.

Get well soon my dear.

Tuesday, February 8, 2011

Zaman kanak- kanak yang sungguh comel, mulia & bergaya :P

Dalam entry kali ini, i nak mengimbau kenangan lalu. Aceceh. Sebenarnya ni semua gambar time tabika i, which means i umur 6 tahun. Dulu i belajar dekat Tabika Perpaduan Taman Cenderawasih, Kuantan. Cikgu time tu Cikgu Nado (baju putih) & Cikgu Saikhah (baju kuning). Cikgu Saikhah ini adalah mama i. Tahun pertama dia mengajar sebagai cikgu tabika. I love u mum! *Eh, tiba- tiba*

Gambar ni semua time akhir tahun, ada yang macam hari penyampaian sijil ke apa kan. Then kami buat tarian. Lagu nya Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus bla.. bla.. Ingat lagi ok.

Time i tabika, i paling rapat dengan Liyana (on my right) & Fazian (kanan sekali). *Sila refer gambar di atas* I sangat best friend dengan dia orang. Tapi bila i dah pindah ke Paka (time darjah 5), jarang contact sangat. Tapi i pernah lah naik bus time i sekolah menengah kot. Ke darjah 6, datang Kuantan semata- mata nak jumpa kawan- kawan ni semua. Haha. Comel je. Berani gila i. Tapi now thanks to Facebook sebab telah temukan i semula dengan kawan- kawan.

Apa yang i rasa paling sama pasal i sampai lah sekarang kan, i sangat susah nak senyum. Or sebenarnya i tak reti senyum kot (?) Tengok lah, semua gambar i masam je tak nak senyum. Sampai sekarang ok. Still sama :P

Fisrt time tengok gambar ni semua bila dah besar, seriously i gelak guling- guling sambil cakap OMG! Comel nye i. Hahaha. Tapi zaman kanak- kanak sangat best tak payah fikir masalah apa- apa. Kalau ada pon masalah comel sebab fikir nak beli jajan/ gula- gula/ cokelat tak ada duit kena mintak dengan mama. I rindu zaman kanak- kanak i.

Anda semua bagaimana?

GA yang seterusnya: Fara First GA

So harini i saje lagi nak join GA. Haha. Gila rajin nak join GA lately ni. So GA ni Cik Fara yang buat ye. Tajuk contest ni Mari Bergambar Bersama Peace. Ok,tajuk ni i reka sendiri :P

Macam biasa, mula- mula kita haruslah tempek syarat- syarat nye kan? So here it goes.
1)haruslah menjadi follower blog ini....
2)copy banner diatas & letak di sidebar berserta link contest ni
3)ok...pic yang ingin dipertaruhkan haruslah mempunyai simbol "peace"...contoh sila lihat banner ea ;))
4)pic yang dipilih akan dinilai berdasarkan korang punya kreatif... edit segala bagai dibenarkan. selepas tu,sila tinggal komen disini beserta link ke blog anda
5)tarikh tutup pada 13/02/2011..tarikh ni dipilih sebab tarikh cik blog start couple dengan encik munchet...hehehe
6)peserta harus tag 5 orang kawan untuk join contest ni
7)hanya 1 pemenang akan dipilih... tetapi jika mendapat sambutan, cik blog berbesar hati memberi hadiah kepada 2 pemenang
So gambar yang i nak pertaruhkan ialah gambar ini.

Gambar pon curi dari blog si bf. Siap ada watermark lagi kau. Ye lah, i dah lama tak ada hp canggih yang ada camera atau pon camera yang betul- betul. Dua- dua dah kena sebat dengan peragut bahalol. Sejak dari tu, tak beli lagi :(

Meh i nak story pasal gambar ni. Gambar ni time i dengan si bf pergi jalan- jalan kan. Then nak tunggu Zyro habis kerja, kami pon lepak- lepak lah kat depan KLCC tu sambil bergambar bagai seperti biasa. Part yang paling best time ni bila kami terjumpa dengan seorang bro ni yang i rasa dia sebenarnya mabuk :P

And i nak tagged semua yang baca ni boleh? Hehe. Sila lah ramai- ramai join GA ni.

8th Feb 2011

It's just the beginning of February, but i'm VERY looking forward for March & hope February will end soon. Really soon like today.

Don't ask me why. I don't even know.

Friday, February 4, 2011

Erin & Elia : 1st Combined Giveaway (FCG)

P/s: Ini sticky post. For a new drama(s), please scroll down :)

Haritu i ada join GA yang dianjurkan oleh Cik Puan Bunga kita kan? So harini mari kita join GA lain pula yang dianjurkan oleh si buah hati KFCM, Elia & kakaknya, Erin.

Jadi mula- mula haruslah tempek syaratnya dulu. *Copy paste from blog Elia*

1. Terbuka kepada semua blogger yg mempunyai alamat di Malaysia
2. Perlu follow 4 blog yg berikut; Ceritera Erin , Elia: Short & Sweet , My Worth Buying Shoppe (penaja), dan Closets of AmyAmy(penaja) .
3. Buat "sticky post" entry dengan tajuk;Erin & Elia : 1st Combined Giveaway (FCG)4 Feb 2011
4. Ltak banner di atas serta link kan ke entry Ceritera Erin. BUKAN LINK KAN KE ENTRY INI OK?

Syarat yang terakhir ini adalah SANGAT PENTING!

5. Jgn komen di entry ini! Ini adalah kerana saya mungkin tidak dapat memberi update atas sebab2 coverage di sini dan kesibukkan belajar. Sila komen di entry Ceritera Erin dgn maklumat anda;

-Nama
- ID Follower
- link entry
Dah siap tempek syarat-syarat. *Lap-lap peluh* Padahal copy paste je pongggg :P Senang je kan syarat nya. Dulu i pernah join GA anjuran Rina.
Dan yang paling best nye, itu first time i masuk GA dan menang :) So i nak cuba join banyak- banyak GA. Hehe. Hadiah nya? Oh, itu tidak tahu lagi sebab Cik Elia cakap, hadiah misteri menanti anda. Tapi tak apalah, saje- saje nak join je. Menambah kenalan kan? Tapi pastinya hadiahnya menarik sebab ada dua penaja dari blogshop si adik beradik ni.

Jadi kawan- kawan, mari kita masuk ramai- ramai GA ni. Jom!! OH, tarikh tutup adalah pada 4 February 2011.

Here's the banner for the GA.

Wednesday, February 2, 2011

See you when i see you

Oh ye. Before ni, i cakap i tak balik kg kan untuk CNY ni? Tapi sekarang sudah berubah. Mama i tak jadi pergi kursus so i bolehhh balik kg dengan jayanya. Sangat suka. Tak sabar nak balik. Dah lama kan i tak balik Paka.

So i balik kg esok pagi, pukul 9.30 am & balik sini semula 7hb(Isnin) pukul 10.30 am. Kesimpulannya i cuti hari Isnin. Yaaaayyy!!

Tuesday, February 1, 2011

I ada masalah, siapa sudi bantu?

I tak tahu kenapa, bila i click dekat icon tools dekat side bar i, keluar gambar macam ni.

Time ni i tengah edit- edit nak letak button share/ like FB dekat blog. Button tu jadi, tapi keluar masalah ni pula. Kemudian i remove button tu, still lagi sama masalah nye.

So, ada sesiapa yang tahu apa masalah dia? And ada sesiapa yang boleh solve kan problem i ni? Tolonggggggggggggg! I need help!

Picture of the day.

Ambil lah gambar i se-tempek dekat office konon- konon busy buat kerja, dah pukul 5.19pm nak balik dah. Selekeh +_+"
Harini superrrr malas nak buat kerja, hati dah mood cuti- cuti CNY dah. Esok kena kerja lagi ni. Aish.

29 & 30 January 2011 (2 months & more)

Keluar jumpa Zyro & Syed Hadi. Tunggu hampir 4 jam before depa habis kerja dekat Menara CitiBank. Lepak kat KLCC sambil cam-whore sampai kena halau dengan guard KLCC :P Then hantar i ke Shah Alam after berjalan ke Uptown. Sempat capai sehelai skirt :)

Ke Times Squre sebab itu je tempat yang paling dekat & flexible for both of us. Makan Kenny Rogers, BR,Secret Recipe, beli make- up dekat TheFaceShop, terjumpa Faris & Bob and Zul (Ustaz). Jumpa sehelai tops yang cute.

And most important, dapat spend masa bersama you. Even i 'buat pe-el', u layan je i dengan tabah & sabar. Nasib lah, u dapat gf macam i +_+ Tapi nasib i comel kan? LOL.
Thank you sayang.