The Fans

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 9, 2012

MAGNOLIA PERT GIVEAWAY 2012


Comel kan? Nak join, click sini.

Thursday, April 5, 2012

25 Y.O: Impian Jadi Kenyataan

Alhamdulillah. Rezeki sangat tahun ni. Tak sangka. Malam tadi lepas balik kerja, i macam penat sangat. Lepas makan, mandi solat sume i terus baring2 depan tv dah terlelap pon. Tiba2 housemate balik and cakap Happy Birthday. Hadiah untuk awak. I dah macam ha apa benda ni? Nak tahu apa dia? Jeng jeng jeng.



Gambar sebelum bukak bungkusan tak ada sebab terlampau rakus. Murah rezeki i. Tak sangka and terharu sangat bila tiba2 dapat hadiah mesin jahit ni. Dah la depa tak baca pon blog i. Cmno depa tahu pasal wishlist i? Maybe sebab i bising2 cakap nak mesin jahit nak mesin jahit. Ambil kau, dapat betul2. Walaupon comel je saiz dia, tapi boleh la i nak buat jahit craft i kan. Thanks housemate semua. Nasib baik ada 2 je wishlist. Bila hajat yang satu lagi nak ditunaikan ye b? Eh! Haha.

Wedding Progress: Dah jumpa resit. Here's my sijil kursus kahwin.

I pernah cerita yang resit tempahan baju nikah i hilang kan? Disini. Alhamdulillah dan jumpa safe & sound. Terselit celah2 pamphlet vendor2 wedding. Syukur gila. Terus amek gambar upload dekat blog. Heheh. Boleh tengok alamat and no. phone kalau nak tempah jugak. Review tak boleh bagi lagi sebab baju tak siap lagi kan. Nanti dah ambil/ lepas kahwin, i review lah :P

Eh, baru perasan tak ada alamat. Tapi kan ada no. phone tu. Boleh call lah. Di Temerloh ye, kawan2. Sama tempat dengan Uya tempah baju kahwin dia.


Ni pulak saje nak show- off my sijil kursus kahwin. Haha. KBai.

Wednesday, April 4, 2012

25th Birthday Celebration

Ramai kawan2 tanya apa yang En. Tunang bagi pada i sempena birthday? Yela, dia kan suka tiba2 je muncul depan rumah la, dekat office lah, bagi bunga dekat i. Hehe. Tapi as for now, dia cuma bagi kasih sayang je. Dia cakap, sorry tahun ni tak ada surpsire. Hadiah lambat sikit sebab susah nak cari. Hahah. Apa lah yan si dia cari tu untuk i ye? Tak kesah la sayang, dapat birthday dinner yang romantik dengan u pon dah ok :P

So tahun ni, birthday i tapi si dia yang dapat hadiah. Sebab kebetulan i tengah shopping and nampak baju liverpool yang sale 50% + 10% so i cepat2 la amek gambar and tanya if dia nak.
Celebration? Tak ada celebration dengan siapa2 pon. Cuma makan2 dekat office je. Itu pon i cuma beli 3 regular pizza & 1 large pizza,. Call domino's and tunggu je depa hantar.
Ni je hadiah untuk tahun ni. One great Mascara from AVON. Mak andak kesayangan yang bagi.
Adik janji nak belikan i handbag for the birthday present. Last year she gave me a watch. Tunggu je lah kan. Hehe. Thanks all for the warm wishes dekat Fb, msg and call. Thanks sangat- sangat.

Ni pulak from Pok U. A lot of chocolates. Gemuk la aku. Tapi ni before i divide 3 lah. 1/3 bagi Mak Andak, 1/3 bagi K.Gg and 1/3 i punya. Then yang i punya tu ui bagi pada En. Tunang 4 ketul je. Hahah. Then bagi kawan2 sikit. Banyakkkkk ok. Thanks Pok U.
All in all, i happy and bersyukur sebab masih hidup selama 25 tahun dekat dunia ni. Harap nya tahun ni i akan lebih matang, murah rezeki & sentiasa dalam lingkungan rahmat & hidayah-Nya. Amin.

Oh ye, tahun ni 1st time celebrate birthday as tunangan orang & i'allah tahun akhir sebagai single. Tahun depan dah boleh celebrate as a wife & sambut berdua. Hehe.

Monday, April 2, 2012

Officially Turning 25

Ok, harini i dah masuk 25 tahun. Itu je nak cakap :)