The Fans

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 23, 2014

Pengalaman Melahirkan Muhammad Affan b. Ammar

Lama nyeeeee tak menulis. Sejak kahwin, dah almost setahun. Review wedding 1 pon x pernah buat. Cerita babymoon dekat Singapore pon terperap je dalam folder tak habis2 taip.

Ok, so now nak buat announcement yang Alhamdulillah, harini dah hari ke-21 i berpantang. Means i dah selamat melahirkan permata hati kami, Muhammad Affan b. Ammar pada 2/1/2014, 4.16pm di Hosp Besar Temerloh. So sekeluarga lah kami orang Pahang ye.


4.7 kg on his first day.

Jadi i nak cerita pengalaman bersalinkan Affan. Enjoy!

31/12/2013
Harini i kena pergi KK untuk buat weekly check- up & jumpa doktor kalau i x bersalin lagi, memandangkan esok adalah edd dalam buku pink. So bila pergi KK, Dr. Nadia tanya soalan mcm biasa & scan perut i untuk tengok condition baby. Dia cakap air ketuban i kurang & tanya kalau2 i ada leaking. Tapi memang tak ada! So dia refer i ke hosp temerloh.

I balik rumah & bgtau husband kena pergi hosp and maybe akan kena warded. Masa tu dalam pukul 3 petang camtu. Nasib memang dah prepare bag i & baby siap2. So sampai je hospital memang kena warded. Dr kat hosp scan semula & cakap air ketuban i ok. And baring utk buat ctg dengar jantung baby dalam lebih kurang 40min. And everything was well. I pon rehat2 je dekat katil & tido je lepas husband balik.

Admitted on the new year eve.

1/1/2014
Harini supposed to be i punya edd. Tapi i langsung tak ada tanda nak bersalin or sakit ke apa. I rehat2 je, husband datang tengok i & makan macam2 lagi. Mama & papa dah sampai dari Terengganu. Petang dalam pukul 3 macam tu dr panggil utk check bukaan. Dr tu nama nya Dr. Chia, kecil molek je orang nye. Tapi sekali dia seluk perghhhh sakit gila. Eh tapi masa ni i still tak ada bukaan lagi. Dr masukkan sejenis alat, dipanggil belon utk membantu cepatkan proses bukaan pintu rahim.

Lepas dr masukkan belon, i mula rasa senak sikit2 dekat rahim. Tapi time ni tak ada la sakit sangat, tapi dah start sakit mcm 2,3 jam sekali. Dr pesan kalau ada leaking or belon jatuh, bagitau nurse. 

2/1/2014
Hari yang paling bermakna! Subuh pagi tu i terasa nak kencing sangat & bangun dalam pukul 5 macam tu utk buang air. Time i duduk je atas toilet, tak sempat buat apa2 rasa plup, ada benda keluar dari i punya tut. I tengok dalam magkuk tandas, belon tu dah jatuh. And ada macam lendir kaler putih & darah sikit2. Dekat pad pulak mcm ada darah, and air kaler kuning2 hijau camtu, i ingatkan mcm darah kot. Then i bgtau nurse, belon dah jatuh. Nurse cakap rehat dulu, nanti pukul 7 dr masuk untuk check.

Belon yang dr masukkan utk membantu cepatkan bukaan pintu rahim.

Lepas subuh, i terus mandi siap2 and msg husband, bgtau belon dah jatuh. I lapar gila & pesan suruh husband bawak nasi lemak. Hihi. Sempat lagi. Sementara tu, i makan roti. Dalam pada tunggu husband bawak breakfast tu, dr panggil untuk check bukaan. Masa tu dah 5cm bukaan i. And dr cakap baby i dah berak! I dah start rasa contraction tapi jarang2 & tak kerap. Nurse bagi baju pink suruh tukar & kemas barang i & baby utk masuk labor room. I msg husband cakap tak payah bwk nasi lemak, cuma cepat2 sampai sebab i dah nak masuk labor room dah. Sementara tunggu nurse, i makan power bar, kurma & minum air masak.

Dalam pukul 8.00 mcm tu, i ditolak masuk LR pakai wheel chair oleh nurse. Masuk je LR, i dah kena tied to ctg machine utk monitor jantung baby. Time ni contraction x kuat lagi. Mulut i dah kumat kamit baca doa nabi yunus , baca robbi yassir walatuaasir, robbi tammim bil khor, baca ayat kursi, zikir2 dan macam2 lagi lah. Datang dr india, untuk check bukaan rahim i, masih 5cm. 

Ada ramai nurse pelatih dalam tu & i tanya mana husband i. Dah siap depa setting alat sume, depa pon panggil husband i untuk masuk. Masa tu contraction dah start kerap & i borak2 dengan suami. Dia cakap mama papa & mama ayah (PIL) dah ada kat luar tunggu i. Depa pasang oksigen pada i  & bagi sedut gas kalau i rasa sakit sangat. Kalau x silap, gas nitrogen dioxide. 

Dalam pukul 11, dr check lagi bukaan & still 5cm. Masa ni contraction dah start sakit & husband tenangkan i. Dia urut2 pinggang & belakang i. Dr cakap tunggu pukul 3 dia akan check lagi. Estimated 1 jam, 1cm. Dah tengahari husband keluar pergi makan & solat. Time ni i dah rasa mengantuk & mamai, tapi contraction dah kerap sangat. 2 kali dalam 5 min. Sakit Allah je yang tahu. I duk bernafas mcm yang i belajar. I dah rasa sakit sangat & bagitau nurse. Depa check, still 5cm. Dr keluarkan air kencing i pakai tiub dalam 2x, and i asyek rasa nak terkencing je sampai dr cakap kalau nak terkencing, kencing je atas katil. Masa tu i rasa air kencing i banyak gila kot, asyek rasa nak tekencing. And masa ni i rasa macam dah nak meneran sangat & baby macam dah ada kat pintu rahim. Tapi bila check, still lah 5cm jugak. Frust pon ada jugak. Nurse pesan jangan teran lagi sebab nanti kepala baby bengkak & nurse cakap rahim i mcm dah bengkak sebab bukaan tak ada lagi, tapi i dah meneran.

Lepas makan & solat, husband cepat2 masuk dlm LR tengok i. Masa ni i memang dah tak tahan sangat rasa sakit. Pegang tangan husband kuat2 sambil dengar surah2 dekat hp husband. Tiba2 dalam LR tu i boleh demam pulak, tak tahu kenapa. Suha naik 38 degree. Nurse bagi i makan panadol. I mintak suami bgtau nurse yang i nak guna satu machine ni, nama dia TENS dia boleh kurangkan rasa sakit contraction. (Sila google untuk lebih lanjut). Masa tu dalam pukul 3. Tapi i perasan depa macam tak nak layan je. And tiba2 semua nurse & dr mcm bz gila. Dr pakaikan line dekat tangan i, & bagi ubat tahan muntah.

Dr bagitau i yang i akan di bedah sebab fetal distress. Baby i dah lemas & perlu cepat diselamatkan. I time tu dah redha sangat sebab tak larat & Sakit sangat. I tengok muka husband mcm sedih sangat & muka dia macam nak menangis je. Hehe. Lepas sign few borang, i pon ditolak masuk operation theater (OT) utk di opearate. Perasaan masa tu tak dapat nak terangkan. Berdebar, lega, penat, mengantuk & macam2 lah. Lepas bius, i baring je & redha utk dibedah. I memang tak larat sangat & tido je time tu. Tak rasa sakit, cuma rasa lah bila dr tekan & buat apa2 kat kita. Kaki ke bawah memang tak rasa apa2 dah. 

Dalam pada mamai tu, i dengar suara baby menangis & i tersenyum. Alhamdulillah, baby i selamat dilahirkan. Lepas dah siap proses semua, i sedar depa lap2 bersihkan badan i ala2 mandi & tukar baju and pakaikan pad & tiub kencing. Lepas tu nurse tunjukkan jantina baby i (i tak nampak sebab tak pakai spek) tapi i tahu baby i lelaki. Depa letak i bawah heater dalam setengah jam & last sekali i pon ditolak masuk dalam ward. Baby kena masuk nicu utk pemantauan & pernafasan dia tak berapa lancar.

Lepas masuk ward, i lega gila. Semua adik- beradik ipar, PIL & parents & husband ada kat situ. Alhamdullillah i dah selamat lahirkan baby i walaupon ceaser. i kena rehat je & tak boleh angkat kepala & gerak selama 6 jam. Esok nya i masih tak boleh jumpa baby sbb i memang bed-ridden je. Hari ke-3, i pergi tengok Affan dekat nicu untuk breast feed dia, tapi dia tak nak bangun walau i & husband dah buat macam2 kacau dia tido. Hari ke 4 barulah Affan boleh keluar nicu & nurse hantar dia dekat katil i dalam pukul 11 mlm mcm tu. 

Esok nya i keluar hosp & balik Paka, Terengganu untuk berpantang. Pengalaman bersalin memang sangat tak dapat dilupakan. Terima kasih husband sbb ada disisi i sepanjang nak melahirkan & bagi kata2 semangat pada i. Terima kasih utk semua especially parents & in laws yang banyak doakan i.

Muhammad Affan B. Ammar
2/1/2014
4.16pm
Permata hati Ummi & Walid.

Thursday, August 1, 2013

Pureen Stock Clearance Promotion (August 2013)


Please visit Pureen website for more details.

Wednesday, July 31, 2013

How life has been so far.

Well, it's been 4 months since i get married to the man of my live.And I'm blissfully happy with our live.I switched my job from an Engineer to a Teacher. And I'm also one healthy & happy 18 weeks mummy-to-be. Alhamdulillah. Life so far was good even it was not an easy one. 

Banyakkk sangat nak update, especially about the wedding review and also about the experiences during my pregnancy. Now dah 2nd trimester. Baby haven't moving yet, expected to start moving in the early of my 5th months pregnancy.  

Later I' Allah i will update more. Harini dah masuk  22 Ramadhan. Lebih kurang seminggu je lagi nak raya. Baju raya masih belum ada. Susah betul nak cari baju warna grey bila kita nak kan. Weekend ni kena g cari baju raya sungguh2 ni. Hihi. And tahun ni tahun pertama beraya sebagai suami isteri anddd balik kampung i. 

Ok till now. See you when i see you. 

Love.

Friday, March 15, 2013

8 Days to Go!

Lama nya tak update blog. Tapi i salu updates my wedding preps dekat instagram i. Kalau nak tengok2, boleh la follow i :)

Thursday, February 21, 2013

Monday, February 18, 2013

Wedding Preparation: Jemputan Perkahwinan di FB

Tinggal lagi 33 hari, i tak sabar sangat. Tanya en. tunang, dia cakap dah boleh create event di FB. Happy gila!! Tak percaya. I'm getting married in a month time :)

Hati bunga- bunga lompat- lompat di awangan.

Friday, February 8, 2013

Teaser: Solemnization (Veil & Shawl)


Teaser for veil & shawl that i'm going to wear on the biggest day of my life. The solemnization! Yes, and i DIY-ed it myself.

Interested?
Do contact me at
azreenshafie@gmail.com

Wedding Preparation: Kad Kahwin (dan vendor kad kahwin murah)


So, here's the teaser for my wedding invitation card.

Vendor: 
Kad Kahwin Borong

Very much recommended! Senang nak berurusan, design lawa, tak banyak kerenah, cepat, cantik & paling penting MURAH.
Apa tunggu lagi, sila lah ke link di atas untuk melihat/ menempah. Good luck & all the best!

p/s: Sorry had to cover all the info, ramai sangat stalker kat dunia maya ni :)

Wednesday, February 6, 2013

My Latest DIY Project: Pom Pom Door Wreath

Yes, my latest DIY project. And i already hung the wreath on my room's door :P Inspired & tutorial from here, but instead of few colors, i'm using only 2 colors (my wedding theme). For the base (wreath), i'm using the black mounting board cut into a doughnut shape. And i did not tie the pom pom, instead i glue them using hot glue gun.

Hope this inspired you!

Tuesday, February 5, 2013

Of 46 Days to Go.

Wahhhh. It's 46 days to go. OMG!! Kejap je rasa nye masa berlalu. Aduiii, tak sabar pon ada jugak sebenarnya. Haha. So far, preps going well i think. Barang hantaran alhamdulillah, semua dah settle. Tinggal barang makanan je lagi 2 dulang :)

Semalam pergi Sunway Pyramid sorang2, jalan sampai saket kaki mencari 2 pasang kasut; 1) Kasut reception 2) Kasut hantaran. Alhmadullillah, jumpa jugak lepas 3 jam round2 dalam tu. And all my housemates like it. Nasib baik lah depa puji. Tak kesah lah kalau nak ambil hati je pon. Asalkan i rasa happy. Hehe.

Now tinggal nak pergi Puchong, cari fresh flowers. Sebab my friend ada bgtau pasal kedai bunga ni. Katanya murah, even compared to Florastika & Jalan Tar/ Masjid Jamek. Sebab kawan i ni memang buat hantaran utk wedding/ tunang. Tapi i tak ingat apa laaaaa nama kedai ni. Nanti i pergi survey dulu, then i share the info ye.

Currently, i have a very limited excess to the internet. So, sebab tu jarang boleh update blog. Nanti i share lagi apa yang menarik ye.

All the best to all the B2B!!

Monday, January 28, 2013

How i am doing

Just came back from Terengganu after a very long holiday. Alhamdulillah, all the preparation is on track. Mama pon dah start nervous fikir pasal my wedding :) Semua legal documents dah hantar pada Pejabat Agama & IÁllah, semua ok. 10th February ni kena datang semula pejabat agama untuk collect borang. Since i'm already here, mama & papa lah yang akan kena tolong ambilkan.

So i have about another 2 months to go before my BIG day. And since i'm officially unemployed, i have a lots of time to do all the craft & sewing projects. Now i have to start sewing the beads for both my solemn &  reception tudung. As for my solemn, i plan not to wear a veil. I will wear a long shawl & make it as a veil as well. And for my reception, i plan nak buat ala2 tudung syiria, tapi i akan pakai ke depan macam tudung bawal. Ok, kalau tak faham tengok je lah nanti macam mana ye :P

Earlier before i balik terengganu, i singgah temerloh untuk tengok how's my solemn dress look like. And i was sooooooooooo disappointed! The tailor add another 10 kgs on me :( Bila i pakai, nampak extra gemuk. Dah la dalam keadaan normal, i memang dah gemuk :( Maybe the material make me look fat kot. Sebab i'm using full lace for the dress. Tapi lace tu agak keras, that's why. I was thinking to make a new peplum dress for myself for the solemn. Tapi takut membazir pulak. The tailor suruh i datang semula after CNY. We'll see how. I hope the dress will turn out beautiful & fit me perfectly. Amin.

In a mean time, kalau ada sesiapa yang berminat nak i buatkan veil ke, bunting ke, mini tasbih ke, nak sewa Polaroid ke, sewa black board ke, nak tempah photobooth props ke, or anything, just pm me to azreenshafie@gmail.com.


Monday, January 21, 2013

Setia Hujung Nyawa (A year of engagement)


21.01.12- 21.01.13

Alhamdulillah, we had been engaged for a year. We did it! Macam tak percaya, dah setahun. Memang sangat sekejap. Pejam celik pejam celik je. Lagi 2 months ++ dah nak kahwin. Memang cepat sangat. Alhamdulillah jugak, preparation going very smoothly & on track. Harap2 semua berjalan lancar. 

B, thanks for everything & anything. For your time, for your love, for your care, and most importantly, for yourself. I'Allah, Setia Hujung Nyawa.

Doakan majlis kami bakal berjalan lancar nanti. Amin

Thursday, January 17, 2013

Winner of First Giveaway By Cerita Superstar

Alhamdulillah, GA dah berakhir. Kepada kawan2 yang sudi join, tq so much! So, here the participants:



And the winner is, drum roll please
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Congrats dear. Boleh email nama/ address/ phone no secepat mungkin untuk memudahkan sesi menghantar hadiah to azreenshafie@gmail.com.

Wednesday, January 16, 2013

First Giveaway By Cerita Superstar

 Ok, seperti yang dijanjikan. Since this is my first GA, so i saje2 lah main2 untuk appreciate my readers/ followers. Tapi for this time, ada 1 hadiah je :) So, syarat dia:

1) Follow this blog.
2) Buat satu entry entitle "First Giveaway By Cerita Superstar", copy banner kat atas & letak link post/ blog ni dalam entry anda.
3) Tinggal comment link post anda, nama & email address pada entry ni. (Entry ini sahaja)
4) GA ini bermula harini, 14-01-2013 hingga pukul 10.00 pm 16-01-2013.

Since hadiah nye tak seberapa, i buat kejap je GA ni. Pemenang akan di generate menggunakan random. org.

So hadiah yang tak seberapa nye adalah berupa craft supply.




Consist of:
1) 2 pcs kain felt (Oren & Putih)
2) Roses
3) Assorted Ribbons
4) A set of embossers
5) A set of scissors

All the best! Sudi2 lah join ye.

Senarai Nama Peserta First Giveaway By Cerita Superstar

Thanks kepada yang sudi join my first GA. Thank you so much! Masih ada masa sampai malam ni untuk join ye. Tapi, meh i nak update dulu nama peserta. Nanti if ada lagi orang yang join, i update kemudian lah ye. Sudi2 lah join ramai2 :) Kalau ada yang join, tapi nama tak ada, please let me know.

Oh, btw lupa nak bgtau. I dah terjah satu2 yang join GA ni & comment. Kalau i tak comment tu, maksud nye blog u ada words verification etc yang for me, it's a major turn- off. Sorry sangat :)


Thanks you'all. Esok i akan umum pemenang. Sila doakan Random pilih no korang :P

Monday, January 14, 2013

Tutorial: Tasbih (Prayer Beads)

Alhamdulillah, last weekend i berjaya siapkan tasbih yang i plan nak bagi pada orang2 kuat majlis i. So, harini i nak ajar tutorial mcm mana nak buat. Senang je. Tapi, kalau rasa susah, i pon menerima tempahan sekiranya ada yang berminat. So, meh kita tengok cara nak buat.


I gunakan beads 5mm & 8mm. So, tasbih ni cute je. Senang nak bawak pergi mana2. Btw, since i dah lama tak buat benda2 ni, i tak ingat apa nama yang betul nye. I just panggil ikut nama yang i suka. Kehkeh.

You'll need:
1. String ( I tak ingat apa jenis tali ni, tapi dia ada tulis diameter 45mm)
2. Stopper
3. Bunga2 untuk embellish the pearl (Optional)
4. Pin (Loop) x2 pcs
5. Pin 
6. Pearls 5mm x 35 pcs
7. Pearls 8mm x 3 pcs
8. Sambungan pendant. 

Tools needed:
 1. Round nose (optional, kalau guna long nose pon boleh je)
2. Cutter
3. Long nose 
 Masukkan pearls 5mm sebanyank 11 biji. Then 1 biji pearl 8mm.
 Ulang sampai 3 set. 11 biji 5mm-1 biji 8mm-11 biji 5mm-1 biji 8mm- 11 5mm
 Ikat hujung tali tu. Ikat macam simpulan biasa.
 Masukkan stopper.
 Kemekkan/ leperkan stopper menggunakan long nose supaya ikatan tu mati & tak tertanggal.
 Sampai jadi mcm ni. 
 Potong hujung tali yang lebih.
 Masukkan hujung tali yang dah dipotong ke dalam sambungan pendant (sampai cover semua stooper & ikatan tadi).
 Then tutup.
Untuk jurai2 nya pula, ambil 1 biji pearl 8mm, masukkan ke dalam pin & letakkan bunga pada hujung nya. 
Buatkan loop.  
Then masukkan satu loop pin. 
Masukkan pearl 5mm ke dalam loop pin tadi. 
 Then ulang. So, ada 2 biji 5mm, 1 biji 8mm. Yang hujung tadi, loop kan dia ke dalam sambungan pendant.
 So, siap lah tasbih kita!
Masukkan dalam plastik/ uncang then letak sticker untuk jadikan door gift! 
Buat banyak2 sampai cukup. Selamat mencuba!!

So, sesiapa yang berminat, boleh pm me at azreenshafie@gmail.com untuk tempahan/ pertanyaan lanjut.

Friday, January 11, 2013

Kad kahwin dah siap!

Yaaay!! Alhamdulillah, kad jemputan kahwin i dah sampai. Baru je terima tadi. And i love love love love it! Tak sabar nye nak edarkan kad. Hehe. Tapi macam too early je nak bagi kawan2 sekarang kan? So sabar lah dulu hati :)

Meh i nak share vendor kad kahwin i. Murah & mudah. I tempah dengan Dayah, from Kad Kahwin Borong (Taiping). Ini link facebook dia and blog dia. Sila lah terjah.

Thursday, January 10, 2013

Time!

Almost everyday, i will talk (write) about the same thing. TIME. How time flies. Almost a year we got engaged, less than three months before we get married, a week before i officially resign.

I can't imagine how life will be after this. Hope everything gonna be fine. Just fine. Amin
Robbi yassir wala tu’assir robbi tammim bi’khair.
O Allah, make it easy, and do not make it difficult. O Allah, make it end well

Wednesday, January 9, 2013

Janji nak buat GA.

Dalam sibuk2 ni, baru teringat haritu ada janji dengan readers/ follower nak buat GA kan? Ok, now tengah sourcing for hadiah. Nanti dah ready, i akan buat GA. I'Allah dalam masa terdekat (by this week or next week).

Tunggu ye. Harap2 ada lah orang nak join. Heee.

Tuesday, January 8, 2013

Bila tinggal 70 hari ++

Harini dah 8hb Jan. Tinggal lagi 70++ days je. Tak lama dahhhh. Wooooo. I think most of the preps going well. Since i started the preps like a year ago, so tinggal minor things je. Benda macam baju nikah, baju reception, bunga pahar (bunga telur), kad, pelamin, photographer, doorgift (dah beli, tapi x siap lagi sebab nak bagi makanan), hiasan2 kecil dah siap. Just tinggal benda minor je. Macam kasut sanding, hantaran (tinggal 1 barang lagi & makanan2 je), shawl/ tudung untuk nikah & sanding, beadings pada baju nikah (nak DIY). Jadi i rasa benda tu semua minor kot.

Now currently working on the photo booth props. Tinggal sikit je lagi. Nak tambah beads pada baju flower girl (kalau i rajin), buat rings untuk bridesmaid, and nak buat tasbih yang tertangguh haritu. Tak banyak kot, maybe dalam 50pcs je kot.

Then tak sabar nak balik hujung bulan ni untuk buat balik semua benda2 tu ke kampung, hias2 bilik sikit, kemas mana yang patut.

That's all till now. Love.

Oh, btw check out this blog. Very inspiring! Rasa nak belajar macam2 dengan dia. Creative sangat!