The Fans

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 27, 2012

Four and half day.

Harini cuti half day. After kerja nak pergi Jusco kejap, cari hadiah2 yang berkenaan then pergi Ijok, Dayah nak kawen esok. Tido rumah dia jumaat & sabtu. Ahad after majlis sanding, balik shah alam semula lah kot. Ingat nak pergi pameran pengantin dekat SACC tapi macam tak sempat lah pulak nak lari2 kan. Nak g ijok tu jauh jugak.

Isnin dah ambil cuti siap2. Selasa cuti hari buruh memang heaven, macam nak balik kampung je, tapi malam tadi adik dah msg ajak balik 18hb may so kiv je lah dulu. Balik 18 may nanti je lah. Tak lama dah tu.

Doakan semua nya berjalan lancar. Cuti sampai 4 1/2 hari memang paling heaven. Jangan jeles makhluk2 semua. Babai.

Wednesday, April 25, 2012

New Blogspot

Arghhhh. Interface blogspot yang baru ni buat aku pening kepala. Serabut sangat nak buat apa2 pon tak tahu. Aigo. Baru berkobar2 nak buat tutorial. *Alasan*

Dah, babai.

Monday, April 23, 2012

Wedding Progress: Emas

Weekend lepas dengan gelabahnye i drive laju2 ke Temerloh. Sebab? En. Tunang cakap, emas tengah turun harga now. So kami pon cepat2 la nak pergi beli gelang untuk majlis batal air sembahyang lepas nikah nanti. Hehe. Mak suka nyaaahhh. Auwww.

Hari Sabtu tu lepas lunch, berusaha lah kami pergi ke bandar Temerloh. Pergi kedai 1st, harga dia RM168.00/ gram. Tengok2 lagi, tak ada design yang berkenan. Then terus ke kedai ke dua. Nama nya Kedai Emas Sri Ayu. Betul2 depan kedai gambar Fujifilm kot. Sebelah dengan kedai barang2 pengantin, jual fresh flower and all. Harga dia RM167.00/ gram. Ok, murah singgit :) Dah pilih2 design, test terus beli. Pastu dapat diskaun banyak la jugak.

Sementara tunggu tukang emas tu alterkan gelang, kami suh jugak dia cuci cincin silver en. tunang sebab dah tak bersinar. Siap dia bagi free je tau. Hehe. Jalan2 lagi dekat kedai emas Wah Wah. Wah, mahal betul emas nye. RM180.00/ gram. Nasib baik dah beli dekat kedai tadi. So dah settle lagi satu benda. Alhamdulillah. Tak kesah la orang nak cakap awal sangat beli ke apa. Yang penting, kami dapat beli time emas murah.

Time bertunang bulan 1 haritu, harga emas RM187.00/gram kalau tak silap. So, kalau nak beli emas, cepat2 la sekarang. Orang kedai tu cakap semalam, emas akan naik time nak dekat2 raya nanti. Or maybe bulan depan. So cepat2 lah ye. Petua nya, jangan lah cari dekat area bandar sebabkat situ lagi mahal. Cari dekat area kampung2 sikit, lagi murah.

Good luck semua!!

Cinta Bersatu

Dedicated to my beloved fiancé, Ammar B. Hashim


Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

Thursday, April 19, 2012

Wedding Tutorial: Henna/ Inai #DIY

Salam B2B semua. Eh, sejak bila untuk b2b je ni? Hik hik hik. I pernah terbaca dekat satu blog b2b ni, tapi i lupa siapa. Pasal nak DIY untuk henna/ inai. Yela, i terfikir sebab ada ke dekat area rumah i tu yang buat service inai ukir2 ni. Lagi pon, kalau DIY murah :P Hahah.

Since kawan i yang study dekat India nak balik cuti, i pon mintak lah dia belikan. Padahal dekat Mydin berlambak2. Mengada2. So lets's get started. Bahan- bahan yang di perlukan ialah:
Inai kon. Sebab senang nak apply. Kalau nak pakai inai tumbuk/ inai serbuk pon boleh. Ni inai yang kawan i bagi tu.

Then, senjata utama/ rahsia dalam tutorial ni adalah sticker inai. Heheh. I beli dekat kedai My 1 Shop Seksyen 18, deret kedai berhadapan Mydin, sebelah Restoran Awal. Harga dia cuma RM2.50 kot. Lupa. Tapi sangat murah, tak sampai RM3 lah for sure.
Mula- mula kita ambil sticker and adjust nak letak dekat mana dekat tangan/ kaki kita ikut citarasa. I amek sticker yang kecik je since i just nak try.
Then letak inai tu untuk cover kawasan yang kosong2 dekat sticker tu. Tak perlu risau takut comot sebab dia dah ada border. Let say corak dia complicated tapi kita just nak part of it je, so just apply inai dekat corak yang kita nak je lah. Dekat corak yang kita tak nak, biarkan kosong. Be creative :)
Then letak pula inai dekat jari- jari yang lain. Kalau nak lebih kemas, salotape dulu bahagian bawah keliling jari so that kita dapat garis yang lurus nanti. Tapi yours truly ni malas nak salotape bagai. Hehe.
So lepas lebih kurang setengah jam, boleh la bsuh & cabut sticker tu. Kaler dia oren2 je mula2.
Lepas dah lama sikit, dia ajaibnye bertukar jadi warna yang lebih gelap. *abaikan tangan gemuk i :P
And up till now dah 5 hari, tapi inai2 ni semua still penuh dekat tangan. Dah macam orang kawen, nasib baik buat sebelah je. So to all b2b yang nak DIY inai ni, good luck!!

Monday, April 9, 2012

Guestbook Giveaway

Join contest lagi. Kali ni guestbook giveaway.


Cantik sangat aih. Geram. Harap2 ada rezeki buat Azreen. Amin :)

Crystal Clear

I don't want a handbag! I want YOU. Don't you get it?

MAGNOLIA PERT GIVEAWAY 2012


Comel kan? Nak join, click sini.

Thursday, April 5, 2012

25 Y.O: Impian Jadi Kenyataan

Alhamdulillah. Rezeki sangat tahun ni. Tak sangka. Malam tadi lepas balik kerja, i macam penat sangat. Lepas makan, mandi solat sume i terus baring2 depan tv dah terlelap pon. Tiba2 housemate balik and cakap Happy Birthday. Hadiah untuk awak. I dah macam ha apa benda ni? Nak tahu apa dia? Jeng jeng jeng.



Gambar sebelum bukak bungkusan tak ada sebab terlampau rakus. Murah rezeki i. Tak sangka and terharu sangat bila tiba2 dapat hadiah mesin jahit ni. Dah la depa tak baca pon blog i. Cmno depa tahu pasal wishlist i? Maybe sebab i bising2 cakap nak mesin jahit nak mesin jahit. Ambil kau, dapat betul2. Walaupon comel je saiz dia, tapi boleh la i nak buat jahit craft i kan. Thanks housemate semua. Nasib baik ada 2 je wishlist. Bila hajat yang satu lagi nak ditunaikan ye b? Eh! Haha.

Wedding Progress: Dah jumpa resit. Here's my sijil kursus kahwin.

I pernah cerita yang resit tempahan baju nikah i hilang kan? Disini. Alhamdulillah dan jumpa safe & sound. Terselit celah2 pamphlet vendor2 wedding. Syukur gila. Terus amek gambar upload dekat blog. Heheh. Boleh tengok alamat and no. phone kalau nak tempah jugak. Review tak boleh bagi lagi sebab baju tak siap lagi kan. Nanti dah ambil/ lepas kahwin, i review lah :P

Eh, baru perasan tak ada alamat. Tapi kan ada no. phone tu. Boleh call lah. Di Temerloh ye, kawan2. Sama tempat dengan Uya tempah baju kahwin dia.


Ni pulak saje nak show- off my sijil kursus kahwin. Haha. KBai.

Wednesday, April 4, 2012

25th Birthday Celebration

Ramai kawan2 tanya apa yang En. Tunang bagi pada i sempena birthday? Yela, dia kan suka tiba2 je muncul depan rumah la, dekat office lah, bagi bunga dekat i. Hehe. Tapi as for now, dia cuma bagi kasih sayang je. Dia cakap, sorry tahun ni tak ada surpsire. Hadiah lambat sikit sebab susah nak cari. Hahah. Apa lah yan si dia cari tu untuk i ye? Tak kesah la sayang, dapat birthday dinner yang romantik dengan u pon dah ok :P

So tahun ni, birthday i tapi si dia yang dapat hadiah. Sebab kebetulan i tengah shopping and nampak baju liverpool yang sale 50% + 10% so i cepat2 la amek gambar and tanya if dia nak.
Celebration? Tak ada celebration dengan siapa2 pon. Cuma makan2 dekat office je. Itu pon i cuma beli 3 regular pizza & 1 large pizza,. Call domino's and tunggu je depa hantar.
Ni je hadiah untuk tahun ni. One great Mascara from AVON. Mak andak kesayangan yang bagi.
Adik janji nak belikan i handbag for the birthday present. Last year she gave me a watch. Tunggu je lah kan. Hehe. Thanks all for the warm wishes dekat Fb, msg and call. Thanks sangat- sangat.

Ni pulak from Pok U. A lot of chocolates. Gemuk la aku. Tapi ni before i divide 3 lah. 1/3 bagi Mak Andak, 1/3 bagi K.Gg and 1/3 i punya. Then yang i punya tu ui bagi pada En. Tunang 4 ketul je. Hahah. Then bagi kawan2 sikit. Banyakkkkk ok. Thanks Pok U.
All in all, i happy and bersyukur sebab masih hidup selama 25 tahun dekat dunia ni. Harap nya tahun ni i akan lebih matang, murah rezeki & sentiasa dalam lingkungan rahmat & hidayah-Nya. Amin.

Oh ye, tahun ni 1st time celebrate birthday as tunangan orang & i'allah tahun akhir sebagai single. Tahun depan dah boleh celebrate as a wife & sambut berdua. Hehe.

Monday, April 2, 2012

Officially Turning 25

Ok, harini i dah masuk 25 tahun. Itu je nak cakap :)