The Fans

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 25, 2011

Pengumuman

Just nak bagitau dunia yang i akan cuti selama seminggu ye. Starting from 27/09/2011 sampai la ke 4/08/2011. 5 hb baru start kerja semula gitteeww. Jangan jeles la. Maklum la, i kan kerja dengan company bumiputera, haruslah cuti raya lama- lama kan? Lebih kurang dah macam cuti sekolah la. I tak ada ambil extra cuti ke apa, sebab dah cuti lama and i nak save annual leave jugak, tinggal berapa hari je lagi ni ha. And cuti yang panjang ni pon dia potong 1 annual leave kita semua. Sila redha +_+




Fairuz Hana
Kepada Fairuz Hana, sila bertabah menjaga Amshar dengan jayanya. *Tiba- tiba*




Cerita Lain

Malam ni nak pergi uptown Shah Alam nak cari tudung raya beberapa helai. Lepas tu malam esok nak pergi IKEA dengan adik cari barang rumah sikit. And lusa (sabtu) pagi terus gerak balik Paka lepas sahur, dengan adik jugak. Moga semua nya selamat. Hati dah kat kampung ni, tinggal jasad je dekat bandar.

Thursday, August 18, 2011

Beadings (Sulalaman Manik)



Interested?
Contact me at azreenshafie@gmail.com

Price are negotiable.

Tuesday, August 16, 2011

Nuzul Quran & 16 Ramadhan dah?

Esok cuti Nuzul Quran. Was planning to go to cari baju raya and also to IKEA to buy stuff for hari raya. Tapi macam baik i siapkan jahit manik kan? Ada lagi 2 helai baju kurung yang both pon dah halfway i jahit. Malam ni kena pulun betul- betul lah. Harap nya masuk kerja hari Khamis dah siap jahit & boleh dapat payment.

So maybe kena tangguh dulu pergi IKEA. Nanti bincang dengan adik la, maybe she can teman me before balik kampung for raya. Tapi semangat nak pergi cari baju raya. Duit pulak makin menipis, kena saving banyak ni. Macam- macam hal lah.

Tak sabar nak raya. Macam budak- budak kan? Harini dah 16 Ramadhan. Rasa cepat je masa berlalu. Rasa kejap sangat dah nak habis dah Ramadhan.

Friday, August 12, 2011

I'm blessed

Semalam berbuka dengan girlfriends (Fairuz, Helwa, Jelly) dekat The Curve then ke IKEA. Harini bakal berbuka di rumah Mak Andak dekat Banting. Esok pula di rumah FIL, Temerloh. (Yaaayy!! Ma janji nak masak nasi dagang special utk i).

I'm blessed. Surroundings with great beloved people and nice food :)

Thursday, August 11, 2011

Berbuka di Satay Station anyone?

Nothing much to write/ to tell/ to story during my Ramadhan. Just as usual days but with the fasting/ terawih/ sahur and all. So far my Ramdhan days was great. Great berbuka with friends (usually housemates), great (and cheap) food at Baazar Ramadhan, great terawih and all great. Alhamdulillah.

Yesterday for the first time, i break fast with my bf. I pick him up at the LCCT then we headed to Ampang. Right after we arrived at the restaurant, terus je azan mahgrib. (Tiba- tiba give- up nak tulis in English =P) Kami makan dekat Satay Station.

Agak best juga makanan dia. We had satay ayam + daging 20 cucuk (seriously besar gila), asam pedas ikan pari, nasi putih, ulam- ulam and telur masin, telur dadar, air tembikai, air laici for RM56.40. Asam pedas dia banyakkkkkkkk gila bekas besar boleh makan sampai 5 orang dengan kacang bendi yang banyak. Slurppp!! Makanan dia not bad and service jugak cepat. Also dapat complimentary 2 biji kurma & bubur kacang. Lepas makan terus tersandar kekenyangan. Haha. Tapi gambar langsung non- hadoo sebab sampai je dah azan, masing- masing tamak haloba kelaparan kebulur terus terkam makanan bila dah sampai.

Kesimpulannya, kenyang sampai harini :) Tq Ammar.

Wednesday, August 10, 2011

Nak Kumpul Link


Harini i nak join satu segmen. Segmen Nak Kumpul Link by Z katanya =P Cuma perlu Follow blog dia, buat entry then tinggalkan link entry pada comment. Senang kan?

Nanti Z akan kumpulkan semua link yang dia dapat, and buat satu list. Mari ramai- ramai. Selamat mencuba.

Wednesday, August 3, 2011

Sabar

Pesanan untuk diri sendiri di bulan puasa.

Banyakkan bersabar, bulan puasa memang banyak dugaan. Kalau tak, sia- sia je lapar dahaga tu. Langsung tak dapat pahala. Even rasa nak marah/ maki, pendam je. Sabarrrrrrr.

See no evil, speak no evil, hear no evil.

Cerita Panas

[Click on the picture for better view]

Keywords lagi. Sejak dua menjak ni rajin pulak check keywords dekat blogger and buat entry kan. Memang review pasal J20i Hazel Sony Ericsson tu paling famous.

Macam mana cara membuat cream cake pon boleh sampai sini? Kesian. I rasa maybe pasal entry ni kot, Resepi Kek Keju Tanpa Bakar. I ni mana la pandai nak buat cream cake. Btw, cream cake tu macam mana? =P

And palinggg kelakar, keyword Cerita Panas. Maybe sebab tajuk blog ni Cerita Superstar, so harus lah cerita yang ada dekat blog ni semua panas kan? Heheh.

Ni pulak keywords yang i check dekat Nuffnang. Lebih bertepatan i rasa. Tengok la sendiri dekat bawah ni. Oh ye, Love Me Hate Me tu blog ni la. Cuma dulu- dulu i pakai nama tu. Bila ada konflik sikit, i tukar kan pada Cerita Superstar ni.

Semalam ada check Nunffnang, tiba- tiba tengok ada earning RM5 ++. Terkejut i. First time tengok. I jarang check Nuffnag sebab dekat office kena blocked and macam tak ada harapan je nak dapat earning. Sekali bila check, ada la pulak kan. Terkejut i nokkk!


Terima kasih semua readers :):) Sayang semua readers/ follower walau pon tak la sampai macam Cik Epal tu, sebulan dapat RM5k ++. I ni cuma RM5 ++. Itu pon berapa tahun ntah.

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak

Selamat berpuasa semua!! I masih di kampung halaman tercinta ni. Malam ni lepas berbuka baru gerak balik shah alam semula. Sampai pagi esok time sahur. Lepas tu, terus gerak drive sorang- sorang pergi Pasir Gudang urusan kerja. Moga Allah permudahkan segala urusan. Amin.

Moga Ramadhan tahun ini membawa keberkatan dan rahmat-Nya. Jangan nakal- nakal ye, sepanjang bulan puasa ni.

p/s:Nanti kena tuntut apa yang orang janji bila dapat gaji ni. =P