Tuesday, April 26, 2011
Together means a lot of food!
Monday, April 25, 2011
Mashed Potato [Resepi]
Bahan- bahan:
- Ubi Kentang
- Bawang besar
- Tepung
- Salt (Garam)
- Air
Buttercup
Black pepper
Cara- cara:
Basuh kentang, kupas kulit dan potong kecil- kecil. Masukkan dalam periuk bersama air dan garam, dan biarkan sampai kentang masak (lembik).
Bila kentang dah masak, lenyekkan sampai hancur. I pakai garfu je :)
Kemudian, ambil 1/4 daripada kentang yang dah di lenyek tadi dan asingkan. Ambil yang 3/4 lagi dan masukkan butter (lebih kurang 3 or 4 sudu), susu (setengah cawan) dan kacau/gaul/ lenyek sampai rata.
Tips: Jangan masukkan garam lagi sebab kita dah rebus kentang tu tadi dengan garam. Rasa dulu, kalau kurang masin baru lah tambah garam. Mashed potato kita dah siap!
Untuk gravy/ kuah pula, gunakan 1/4 portion yang kita telah asingkan tadi.
Panaskan kuali, masukkan butter dan tumis bawang besar yang telah di blend tadi sampai masak.
Masukkan kentang yang 1/4 portion tadi.
Masukkan susu 1 cawan. Perasa dengan black pepper.
Masukkan air dan tepung.
Kecilkan api dan biar mendidih.
Mashed potato & gravy siap untuk dimakan :)
p/s: Semalam i buat mashed potato, tapi lupa kat rumah bawang dah habis. Sebab tu gravy ni warna dia cerah sangat.
Durian Buffet SS2, Petaling Jaya
So here goes the story.
Who: Me, the housemates (Ejat, Kak Zila, Kak Fiza) and Afzareen.
What happened: Makan durian sampai kenyang, seorang RM15. Sangat berbaloi untuk orang yang hantu durian macam kami. Tapi kalau u tak berapa nak suka durian, mungkin tak lah kan.
One of the best experience ever. Since i sangat lah suka makan durian kan. I rasa still ada, sebab now still dalam musim durian kan. Cuba lah pergi tengok. I pon ingat nak pergi sekali lagi lah this weekend. Harap ada lagi lah.
Sunday, April 24, 2011
Tolong i please.
Thanks in advance.
Thursday, April 21, 2011
Comparing
Ok, maybe u rasa masih banyak lagi benda yang lack. I'm very sorry. My mistake. Tapi i dah cuba sedaya upaya i.
Tapi i paling tak boleh terima bila u nak compare dengan benda yang dah lepas. Benda yang dah lama. Benda macam ni mana boleh nak compare. Situasi tak sama. What past is past. Over. History. And present ni, kita kena lah jaga elok- elok. Present & future, lagi penting daripada history & past.
Yang dah berlalu tu kena jadikan pengajaran & tauladan. Jangan ulang balik. Hargai apa yang ada sekarang ni dengan sebaik mungkin. Appreciate is the word.
Got what i mean?
Tuesday, April 19, 2011
Episod Akhir Cerita Gemilang
Actually i tak tengok cerita ni dari mula, i tengok dah episod 3 or 4 macam tu. And i rasa cerita ni best, terus follow sampai habis. Menarik juga cerita dia. Episod akhir semalam macam kelakar lah bila part tiba- tiba semua orang dah tua. And tiba- tiba Ruhana muncul salam- salam dengan semua orang.
Lawak sungguh :P
Ok, entry ni memang tak ada motif. Lalala~~
Plan A/ Plan B
Actually nak mintak pendapat kawan- kawan, tapi kalau tulis kat sini kantoi lah pulak kan. So terpaksa plan sendiri dalam kepala je lah. Nanti mesti end up semua benda tak jadi. Tapi kali ni harap semua berjalan lancar. Kalau tak boleh buat sendiri, tempah je lah. Kalau plan A tak jadi, plan B cukup lah.
Tengok lah macam mana nanti.
p/s: Banyak jugak cerita dah lama tapi still tak tulis lagi. Malas betul nak mengarang. Nak transfer gambar pon malas. Adeh la "-_-
Thursday, April 14, 2011
Mari berbalas pantun
Tinggi rumput dari padi,
Sudah lama tidak ku pandang,
Jauh di mata dekat di hati.
Then si dia replied:
Kuih ketayap di atas alas,
Kalau dinda berpantun,
Biar kanda membalas.
I yang tidak lah pandai berpantun ni terus kagum. Haha! Then tak tahu dah nak balas apa. Later petang tu, time dia nak pergi main volleyball dia text i:
Andai kasih tak bertaut,
B i nak g main jap,
Dah balik nanti bagitau.
Tetap di hati terasa sayang,
B i nak g main jap,
Dah balik nanti bagitau ye yang.
Bangga ada bf yang pandai berpantun. U all ada? Hehe. Mesti dulu time sekolah u join team pantun sekolah kan syg? Hebat tau :)
Wednesday, April 13, 2011
Gemilang
Suatu ketika
Kita pernah tertawa
Suatu ketika
Kita pernah berduka
Memori lalu
Tersemat di hatiku
Buat azimat perjalananmu
Untuk tatapan anak bangsa
Ku titipkan satu cerita
Jadi pedoman untuk semua
Takkan mengalah sebelum melangkah
Impian menjadi haluan cita
Rintangaannn membakar azam di jiwa
Dan cinta bukan hanya kata-kata
Harapan semua anak merdeka
Petua Melayan Isteri
Supaya lelaki tahu bahawa melayan isteri bukan hanya memuaskan nafsu sahaja, tapi lebih dari itu :) Ok, confirm bukan i buat sendiri. Tak layak kot. Copy paste dari fb. Thanks.
1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….
2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love youlebih mudah…
3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.
4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.
5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…
6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.
7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.
8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan,dada atau bahu anda.Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat.
Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.
Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.
Monday, April 11, 2011
4 days: Shah Alam- Bentong- Temerloh- Bentong- Damansara- Shah Alam
Friday, April 8, 2011
Second visit to Future FIL's :P
Still feeling a bit nervous and "-_-
Hope everything gonna be fine and his family can accept me as i am. Ameen.
And the best part & tak boleh sabar is nak pergi mandi Air Terjun Chamanggggg :)
Monday, April 4, 2011
Flowers vs Cake
A: Memang lah, bunga memang akan layu cepat, tak akan mekar selamanya.
R: Abes tu, cinta & sayang u pada i macam bunga tu juga lah? Tak selamanya?
A: Tak, cinta & sayang i macam cake tu.
R: Cake? Bila i dah makan sampai habis, then i ber*k, jadi t*hi. Then habis cerita?
A: Bukan macam tu, tapi bila u makan cake tu, dia akan jadi darah daging u kan? Macam tu lah cinta & sayang i pada u. Kekal dengan u selamanya sebab dah jadi darah daging u :)
R: *Melting*
Of my new baby
Ke ada cadangan lain?
Friday, April 1, 2011
Welcome April (My Birthday)
Gambar ni i jumpa kat google image tadi. Ingat nak color pakai paint ke, apa- apa lah, tapi macam busy sikit so tak sempat lain kali i upload versi yang telah diwarnakan pulak ye. Tapi tetap nak upload gambar ni sebab dia macam comel, cuma tak warna lagi je lah.
So esok birthday i kan? Teettttt! Esok akan celebrate birthday dengan all the family, kebetulan Pok U ada buat Majlis Sambut Menantu dekat kg kan? Sangat suka :) And malam ni akan sambut pukul 12.00 am dalam bus dengan adik tersayang.
Last year i sambut birthday tanpa orang tersayang dalam hati :( Tapi i sambut dengan super bff sayang selalu (CT & Ruby) and roomate (Aini).
But this year, alhamdulillah. Rezeki bertambah- tambah. I'll celebrating my birthday with all my kesayangan. Family (mama, papa, abang, adik), bigger family (cousins, aunts, uncles) and later with friends and of course my bf.
Tak sabar! Moga semua berjalan lancar. Tak tahu nak buat wish-list apa lagi dah untuk hadiah birthday. Faham- faham sendiri sudah lah :P
Revenge kah?
Mungkin juga sebab nak balik kg malam ni so perasaan bercampur baur. Malas nak mengadap orang yang buat i rasa rimas hari- hari.
Welcome to the world, my baby.
Gambar ni mama yang ambil masa nak pick- up my baby dekat Perodua.
Nanti boleh celebrate birthday sama- sama dengan mummy kan? Hehe. Jumpa malam ni, sayang.
p/s: Any idea what to call her?