I actually plan nak cuti seminggu sebelum majlis. Mesti semua fikir lama kan? Tapi ye la, i kan anak first yang nak buat majlis and dalam keluarga besar pon, i cousin pertama yang nak buat majlis juga. So tak ada pengalaman lagi. Adik i pon baru nak balik weekend ni lepas habis final exam di UTP and tinggal mama je sorang- sorang yang nak buat persiapan. Kesian mama. So seminggu tu dah ok kot. Dengan i nak buat persiapan terakhir nya lagi, nak tengok pelamin, hantaran, khemah and all.
Tapi tiba- tiba bila i apply, seperti yang dijangka boss i tidak lah meluluskan cuti tersebut. Tapi nasib baik dia bagi i cuti 3 hari so ok lah kan. Syukur je dengan rezeki yang dapat, walau pon hati sedikit bengang. Worst come to worst, i akan amek MC or EL je lah pada hari Isnin Selasa. Sebab i dapat cuti Rabu- Jumaat. Muahahahah. Jahat punya gelak.
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Agung, terima kasih di atas rezeki yang telah engkau berikan ini. Kau permudahkan lah urusan pertunangan ku ini dan Kau berkati lah majlis ku ini. Amin.
No comments:
Post a Comment