The Fans

Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 27, 2012

Engagement Review: Hantaran Part 1 (From Him)

Macam dalam list before, i ada mention hantaran untuk majlis tunang ni ialah 7 berbalas 9. And parents kami cuma mahu makanan, barang2 manis and kelengkapan solat sahaja. So the list are:
  1. Kain pasang (untuk nikah)
  2. Sireh junjung
  3. Kek
  4. Telekung & sejadah
  5. Cincin ( 2 bentuk; Tunang & merisik)
  6. Buah- buahan
  7. Coklat
Untuk kain pasang, yang lace tu my future MIL belikan time pergi tunaikan haji haritu. And for the lining, i beli kain poly crepe colour grey dekat Kamdar Jalan TAR. Sejadah & telekung pulak kami pergi hunting sama- sama juga dekat Jalan TAR. Dalam ganbar memang tak nampak sejadah sebab sejadah tu ada dekat bawah telekung :)

Untuk kek pulak, i beli siap2 dekat secret recipe yang tak jauh dari rumah i and suruh abang pass pada rombongan lelaki bila depa sampai. Takut nanti kalau kek tu dibeli dari Temerloh, by the time depa sampai dah cair dah kek i kan :(

Untuk coklat & buah- buahan & sireh junjung pulak totally digubah sendiri oleh my future MIL & SIL. And untuk sireh junjung tu my future MIL nak sangat pakai fresh flowers. Tapi nak cari rose macam susah kan. So dia pakai lah kekwa sebab senang nak cari. Selalu nya ada aunty india yang jual dekat banyak tempat kan.

Here is the best part. Ingat tak i ada cerita dekat sini. So gubahan cincin & bunga rampai tu memang En. Tunang yang buat. Pheewitt. Hehe. Bangga pula rasa nya. Cincin merisik, kami beli sama2 and cincin tunang pulak si dia pergi beli dengan future MIL sebab nak surprise kata nya. And i hanya tengok on the day itself. I suka je dengan cincin tu. Thanks sayang.

And tema hantaran from pihak lelaki adalah silver & gold. My future MIL yang beria sangat nak warna ni. Cantik jugak bila dah siap. Nampak exclusive je. And katanya tema hantaran tu burung sebab kalau perasan, dekat setiap hantaran tu akan ada paling kurang pon seekor burung.

Engagement Review: Makanan & Khemah/ Kanopi

Now baru rasa rajin nak review pasal engagement haritu. Ok, start dengan benda yang paling senang lah which is makanan & Khemah/ Kanopi. Sebab benda ni simple and sikit, so i gabungkan jadi satu entry je lah.

First pasal makanan. My mum awal- awal lagi tak bagi nak amek katering sebab dia cakap nanti tak puas hati. And biar lah ada kenangan katanya. Yelah, anak dia 3 orang je so nak la puas hati. So yang ni memang betul2 mama yang uruskan. Tukang rewang/ masak siapa lagi kalau bukan kawan2 mama, jiran2 and sedara mara. Menu makanan pada hari itu:
  1. Nasi putih
  2. Nangka masak lemak
  3. Ayam goreng berempah
  4. Gulai daging
  5. Kerabu taugeh + kerang
  6. Ikan Masin. Ada 2 jenis, satu bulu ayam & satu lagi ikan masin biasa tu (tak tahu nama)
  7. Sambal belacan
  8. Buah limau
  9. Air ada 2 jenis, sirap & oren
  10. Dessert puding utk tetamu
Semua fully home made. Depa start masak pagi majlis. And ok lah, i puas hati dengan hasil semua. Bersyukur dengan apa yang ada. Hehe. Yang lebih2 tu mama bungkus and bagi pada orang yang banyak tolong.

And khemah pula sangat simple. Mama amek dengan majlis daerah. Sangat lah murah. Cuma RM++ je. Tak nak tulis harga, nanti jadi issue :P And tak sampai seratus. Tapi cuma ada 1 kanopi A, 1 meja bulat, 4/6 meja panjang, and kerusi. I tak ambil tahu pon. Hahah. Teruk. Ni pon semua mama yang uruskan hal sewa & all.

Cuma malam majlis i & adik hias2 letak skirting pada meja & letak scallop dekat khemah serta bunga- bunga hiasan. Cuma malam tu tiba2 hujan so bunga from crepe paper tu basah kena hujan, nampak tak cantik, turun warna & layu je. Tapi tak boleh nak cakap apa2 lah, dah hujan nak buat macam mana kan.

Ok, layan gambar khemah & makanan dulu.


Nampak tak bunga layu i yang mention earlier :(
Gambar setting khemah dari depan.
Pandangan sisi.
Dari dalam khemah.

Meja hidangan VIP untuk family belah lelaki.
Nampak bunga layu? And meja buffet.
Pandangan rumah dari depan.
Rewang.
Thanks kepada semua yang membantu menjayakan majlis, walau pon bukan depa baca pon blog ni. Hahaha.

Saturday, January 21, 2012

Engagement: Selesai sudah.

21.1.12

Alhamdulillah, selamat sudah i menjadi tunangan Ammar tersayang :) Macam tak percaya pulak. Majlis berjalan lancar je harini. Nanti i review satu2 apa yang patut. Nak review apa dulu ye? Any idea? Heheh. Request please. Kalau tak request, i buat je lah review apa2 je dulu kan. Hehe.

Engagement: Checklist

*Entry ni akan di sini sampai 21.1.12. So, please scroll down for a new entry*

I nak share checklist yang i fikir perlu untuk majlis tunang i nanti. I akan update dari semasa ke semasa.

1.Hantaran

From him to her.

1. Cincin-2 bentuk (merisik & tunang) & Bunga Rampai- cincin merisik dah beli, tinggal cincin tunang je.
2. Sireh junjung
3.
Sepersalinan kain pasang (untuk nikah) -done!
4.
Sejadah & telekung- done!
5. Kek
6. Buah- buahan
7. Coklat

From her to him.
1.
Cincin & Bunga Rampai-done!
2.
Sepersalinan kain pasang (untuk nikah) –done!
3.
Kain pelikat –done!
4.
Sejadah –done!
5. Kek
6. Buah- buahan
7. Coklat
8. Kuih Akok (kuih tradisional orang Terengganu)
9. Sehelei baju kemeja.

2.Mini Pelamin –Checked! Already booked. Dah bayar deposit.

3.Baju tunang/ veil/ tudung –done, Cuma nak alter sikit2 and tambah beadings J

4.Bunga tangan

5.Make-up –Checked! Kak Gg yang make up kan

6.Makanan – mama yang uruskan

7.Khemah/ kanopi –mama yang uruskan

8.Photographer –dah booked, tak payah bayar deposit lagi, lump sum on the day

Friday, January 20, 2012

Engagement: A day to go.

Now i dah ada kat kampung dah. In fact, rabu lagi i dah balik sini. And tomorrow is the day. Eleh, gelabah je. Padahal tunang je pon, bukan kahwin. Hehe. Mostly semua preparation rasa nya dah 90% siap kot. Ramai kawan2 mama datang tolong masak2. Pelamin dah pasang, kanopi dah naik, baju dah siap, hantaran dah siap cuma yang jenis makanan2 semua tu malam ni and pagi esok baru nak updates lah. Harap tak kelam- kabut.

Majlis esok start lepas Zohor, lebih kurang pukul 2 macam tu lah. Ada jugak rasa nervous sikit2. Dah la pelamin tu kena duduk bersimpuh. Tak puas hati betul lah. Penat kot nanti. I nak duduk atas kerusi. Tapi tak dapat :( Kanopi dekat luar i dah siap2 hias dengan adik malam tadi. Letak scallop, hias pakai bunga crepe. Tapi malam tadi hujan lebat gila, habis bunga tu kena hujan & basah. Colour dah turun & tak cantik jadi bunga tu, nampak pudar & layu je. Sabar je lah :(

Harap esok semua nya berjalan lancar. Amin :) Lepas kenduri, i akan review sikit2 lah apa ada time majlis tunang i. Doakan semua berjalan lancar ye.