The Fans

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 23, 2014

Pengalaman Melahirkan Muhammad Affan b. Ammar

Lama nyeeeee tak menulis. Sejak kahwin, dah almost setahun. Review wedding 1 pon x pernah buat. Cerita babymoon dekat Singapore pon terperap je dalam folder tak habis2 taip.

Ok, so now nak buat announcement yang Alhamdulillah, harini dah hari ke-21 i berpantang. Means i dah selamat melahirkan permata hati kami, Muhammad Affan b. Ammar pada 2/1/2014, 4.16pm di Hosp Besar Temerloh. So sekeluarga lah kami orang Pahang ye.


4.7 kg on his first day.

Jadi i nak cerita pengalaman bersalinkan Affan. Enjoy!

31/12/2013
Harini i kena pergi KK untuk buat weekly check- up & jumpa doktor kalau i x bersalin lagi, memandangkan esok adalah edd dalam buku pink. So bila pergi KK, Dr. Nadia tanya soalan mcm biasa & scan perut i untuk tengok condition baby. Dia cakap air ketuban i kurang & tanya kalau2 i ada leaking. Tapi memang tak ada! So dia refer i ke hosp temerloh.

I balik rumah & bgtau husband kena pergi hosp and maybe akan kena warded. Masa tu dalam pukul 3 petang camtu. Nasib memang dah prepare bag i & baby siap2. So sampai je hospital memang kena warded. Dr kat hosp scan semula & cakap air ketuban i ok. And baring utk buat ctg dengar jantung baby dalam lebih kurang 40min. And everything was well. I pon rehat2 je dekat katil & tido je lepas husband balik.

Admitted on the new year eve.

1/1/2014
Harini supposed to be i punya edd. Tapi i langsung tak ada tanda nak bersalin or sakit ke apa. I rehat2 je, husband datang tengok i & makan macam2 lagi. Mama & papa dah sampai dari Terengganu. Petang dalam pukul 3 macam tu dr panggil utk check bukaan. Dr tu nama nya Dr. Chia, kecil molek je orang nye. Tapi sekali dia seluk perghhhh sakit gila. Eh tapi masa ni i still tak ada bukaan lagi. Dr masukkan sejenis alat, dipanggil belon utk membantu cepatkan proses bukaan pintu rahim.

Lepas dr masukkan belon, i mula rasa senak sikit2 dekat rahim. Tapi time ni tak ada la sakit sangat, tapi dah start sakit mcm 2,3 jam sekali. Dr pesan kalau ada leaking or belon jatuh, bagitau nurse. 

2/1/2014
Hari yang paling bermakna! Subuh pagi tu i terasa nak kencing sangat & bangun dalam pukul 5 macam tu utk buang air. Time i duduk je atas toilet, tak sempat buat apa2 rasa plup, ada benda keluar dari i punya tut. I tengok dalam magkuk tandas, belon tu dah jatuh. And ada macam lendir kaler putih & darah sikit2. Dekat pad pulak mcm ada darah, and air kaler kuning2 hijau camtu, i ingatkan mcm darah kot. Then i bgtau nurse, belon dah jatuh. Nurse cakap rehat dulu, nanti pukul 7 dr masuk untuk check.

Belon yang dr masukkan utk membantu cepatkan bukaan pintu rahim.

Lepas subuh, i terus mandi siap2 and msg husband, bgtau belon dah jatuh. I lapar gila & pesan suruh husband bawak nasi lemak. Hihi. Sempat lagi. Sementara tu, i makan roti. Dalam pada tunggu husband bawak breakfast tu, dr panggil untuk check bukaan. Masa tu dah 5cm bukaan i. And dr cakap baby i dah berak! I dah start rasa contraction tapi jarang2 & tak kerap. Nurse bagi baju pink suruh tukar & kemas barang i & baby utk masuk labor room. I msg husband cakap tak payah bwk nasi lemak, cuma cepat2 sampai sebab i dah nak masuk labor room dah. Sementara tunggu nurse, i makan power bar, kurma & minum air masak.

Dalam pukul 8.00 mcm tu, i ditolak masuk LR pakai wheel chair oleh nurse. Masuk je LR, i dah kena tied to ctg machine utk monitor jantung baby. Time ni contraction x kuat lagi. Mulut i dah kumat kamit baca doa nabi yunus , baca robbi yassir walatuaasir, robbi tammim bil khor, baca ayat kursi, zikir2 dan macam2 lagi lah. Datang dr india, untuk check bukaan rahim i, masih 5cm. 

Ada ramai nurse pelatih dalam tu & i tanya mana husband i. Dah siap depa setting alat sume, depa pon panggil husband i untuk masuk. Masa tu contraction dah start kerap & i borak2 dengan suami. Dia cakap mama papa & mama ayah (PIL) dah ada kat luar tunggu i. Depa pasang oksigen pada i  & bagi sedut gas kalau i rasa sakit sangat. Kalau x silap, gas nitrogen dioxide. 

Dalam pukul 11, dr check lagi bukaan & still 5cm. Masa ni contraction dah start sakit & husband tenangkan i. Dia urut2 pinggang & belakang i. Dr cakap tunggu pukul 3 dia akan check lagi. Estimated 1 jam, 1cm. Dah tengahari husband keluar pergi makan & solat. Time ni i dah rasa mengantuk & mamai, tapi contraction dah kerap sangat. 2 kali dalam 5 min. Sakit Allah je yang tahu. I duk bernafas mcm yang i belajar. I dah rasa sakit sangat & bagitau nurse. Depa check, still 5cm. Dr keluarkan air kencing i pakai tiub dalam 2x, and i asyek rasa nak terkencing je sampai dr cakap kalau nak terkencing, kencing je atas katil. Masa tu i rasa air kencing i banyak gila kot, asyek rasa nak tekencing. And masa ni i rasa macam dah nak meneran sangat & baby macam dah ada kat pintu rahim. Tapi bila check, still lah 5cm jugak. Frust pon ada jugak. Nurse pesan jangan teran lagi sebab nanti kepala baby bengkak & nurse cakap rahim i mcm dah bengkak sebab bukaan tak ada lagi, tapi i dah meneran.

Lepas makan & solat, husband cepat2 masuk dlm LR tengok i. Masa ni i memang dah tak tahan sangat rasa sakit. Pegang tangan husband kuat2 sambil dengar surah2 dekat hp husband. Tiba2 dalam LR tu i boleh demam pulak, tak tahu kenapa. Suha naik 38 degree. Nurse bagi i makan panadol. I mintak suami bgtau nurse yang i nak guna satu machine ni, nama dia TENS dia boleh kurangkan rasa sakit contraction. (Sila google untuk lebih lanjut). Masa tu dalam pukul 3. Tapi i perasan depa macam tak nak layan je. And tiba2 semua nurse & dr mcm bz gila. Dr pakaikan line dekat tangan i, & bagi ubat tahan muntah.

Dr bagitau i yang i akan di bedah sebab fetal distress. Baby i dah lemas & perlu cepat diselamatkan. I time tu dah redha sangat sebab tak larat & Sakit sangat. I tengok muka husband mcm sedih sangat & muka dia macam nak menangis je. Hehe. Lepas sign few borang, i pon ditolak masuk operation theater (OT) utk di opearate. Perasaan masa tu tak dapat nak terangkan. Berdebar, lega, penat, mengantuk & macam2 lah. Lepas bius, i baring je & redha utk dibedah. I memang tak larat sangat & tido je time tu. Tak rasa sakit, cuma rasa lah bila dr tekan & buat apa2 kat kita. Kaki ke bawah memang tak rasa apa2 dah. 

Dalam pada mamai tu, i dengar suara baby menangis & i tersenyum. Alhamdulillah, baby i selamat dilahirkan. Lepas dah siap proses semua, i sedar depa lap2 bersihkan badan i ala2 mandi & tukar baju and pakaikan pad & tiub kencing. Lepas tu nurse tunjukkan jantina baby i (i tak nampak sebab tak pakai spek) tapi i tahu baby i lelaki. Depa letak i bawah heater dalam setengah jam & last sekali i pon ditolak masuk dalam ward. Baby kena masuk nicu utk pemantauan & pernafasan dia tak berapa lancar.

Lepas masuk ward, i lega gila. Semua adik- beradik ipar, PIL & parents & husband ada kat situ. Alhamdullillah i dah selamat lahirkan baby i walaupon ceaser. i kena rehat je & tak boleh angkat kepala & gerak selama 6 jam. Esok nya i masih tak boleh jumpa baby sbb i memang bed-ridden je. Hari ke-3, i pergi tengok Affan dekat nicu untuk breast feed dia, tapi dia tak nak bangun walau i & husband dah buat macam2 kacau dia tido. Hari ke 4 barulah Affan boleh keluar nicu & nurse hantar dia dekat katil i dalam pukul 11 mlm mcm tu. 

Esok nya i keluar hosp & balik Paka, Terengganu untuk berpantang. Pengalaman bersalin memang sangat tak dapat dilupakan. Terima kasih husband sbb ada disisi i sepanjang nak melahirkan & bagi kata2 semangat pada i. Terima kasih utk semua especially parents & in laws yang banyak doakan i.

Muhammad Affan B. Ammar
2/1/2014
4.16pm
Permata hati Ummi & Walid.