The Fans

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 29, 2012

Sadness

It's been a month, 4 weeks & 5 days :(

Thursday, May 17, 2012

Esok boleh raya.

Now dah 5.30pm. Lagi setengah jam lagi nak balik dah. Harini i puasa, puasa ganti yang terakhir. Esok boleh raya. Boooooo, lambat gila ganti puasa. Haha.

Lepas ni pergi ambil adik dekat KTM sebab tadi dia pergi head quarter office dia, Slb dekat KLCC. Kak dia ni dah siap2 pesan popcorn Garret suruh dia belikan (dan belanja). Then maybe pergi cari makanan apa2 nak alas perut untuk berbuka nanti.
Sebab nya lepas berbuka nak pergi OU, adik nak beli winter coat sebelum dia pergi school dia next week. Padahal semalam dah penat saket kaki tawaf sunway pyramid. Lepastu, esok half day je. Lepas lunch terus balik Paka. Yaaayy, tak sabar betul nak balik ni. Macam kena singgah temerloh nak jumpa en. tunang nak ambil few things dengan dia. Tapi takut macam tak sempat, sebab i takut nak drive malam2 lalu highway LPT tu. Gelap bukan main lagi.

So, esok tengok lah macam mana gaya nya. Harap2 esok semua berjalan lancar, Aminn.


Wednesday, May 16, 2012

Dah siap ber- make up?

Harini i macam terpanggil nak tulis sesuatu. Tapi, since i bukan lah expert sangat pasal make- up ni semua and i pon tak ada lah nak beli make- up mahal2 bagai semua. Yang i pakai pon cuma lah yang murah2 macam Elianto, Maybelline, Silky Girl and mahal SIKIT macam SimplySiti, Face Shop & Body Shop. Tak adalah i sampai nak beli MAC ke, Bobbi Brown ke, apa ntah nama lagi i pon tak tahu lah.

Sebab nya, ye i memang ber-make up. Tapi yang minimalist saje. Cuma bedak, eyeliner, lipstick, and blusher sikit2. I tak reti lah nak ber-smoky eyes bagai. Cuma kalau rajin baru letak eye shadow sikit macam tu lah. Ikut keperluan. Kalau setakat p ofis, i cuma pakai bedak & lipstick sahaja. Memang lah ada keinginan nak beli make up yang berjenama bagai, tapi rasa macam membazir pulak. Sebab? I memang tak ada duit. Haha. Yes, i'm cheapskate like that. That's why i tak opt for branded stuff. Tapi, i will never go for a tiruan make up. A big NO NO for me.

Pertama, kita tahu kebanyakan make up tiruan ni adalah dari China. Kita tak tahu apa bahan kimia yang dia letak dalam tu. Akan sebabkan bayak keburukan pada kulit muka kita. Memang i takut lah nak beli make up dekat up town pasar malam segala. I hanya akan beli make up dekat tempat yang betul sahaja. Biarlah pakai elianto atau silky girl yang murah tu daripada MAC pasar malam. For me lah.
So point i kat sini. Ha??? Baru masuk point penting ke? Hahaha. Punya lah panjang berjela pendahuluan. I ada selalu terbaca satu blog ni. Dia ni boleh dikatakan MUA lah jugak. Selalu make up kan orang untuk ke majlis2 rasmi, majlis tunang and perkahwinan. Tapi kan, dekat blog dia tu menjual make up MAC, Bobbi Brown segala dengan harga murah. Kalau MAC eye shadow 88 pallet tak sampai RM50, apa maksud tu? Ok, i memang tak tahu. Tapi i rasa itu bukan original kan. I bukan nak tutup periuk nasi orang, i cuma tefikir je bila dah selalu baca blog dia.

Tapi i tak tahu lah pulak rate make up dia sebab i pon tak pernah pulak nak mintak quotation dari dia. Tapi cara dia make up boleh tahan lah lawa nya. Pandai buat macam2 style. Jadi, i nak tanya. Korang agak2, barang yang dia guna untuk make up orang tu ori ke atau macam mana? Fikir2 kan, dan selamat beramal.

p/s: Gambar sekadar hiasan, hasil google-an.

Tuesday, May 15, 2012

3 perkataan yang ditunggu wanita

Find this picture over the internet.
So true!

Jangan marah- marah

Harini masuk je ofis pagi2, dah kena marah dengan bos. Ye, memang salah i pon. I ter-delay buat benda tu sangat lama. Tapi kan, kena la faham. Bukan i tak focus and all, tapi kan before ni semua benda i sorang je yang kena buat. So kalau ada yang ter-overlook tu mcm agak biasa lah kan? Lain kali, jangan lah harap i sorang nak buat semua kerja. U too have to be responsible. Tak kan lah kerja kau asyik2 nak cari client je? Macam lah dapat sangat pon kan? And benda lain semua tolak pada aku?

Pastu tiba2 ada pulak orang meroyang membebel apantahakupontaktahu bising gila. Tak faham langsung. Dari semalam lagi. Pastu dia boleh compile semua tu nak meletup kebabom tiba2. Benda yang tak patut nak marah, ko boleh bebel sampai setengah jam, memang hebat lah. Pastu siap boleh berenti2 pastu sambing balik lagi. Siap cakap orang tak respect kau sebagai kakak. Kalau ko nak tahu, sebab respect lah kami semua ni malas nak lawan ko. Senyap je. So, fikir lah sendiri ok.

Kesan nya, harini memang macam tak ada mood je nak buat kerja. Nak mintak cuti half day hari jumaat nak balik kampung pun tak berani dah. HAHAHAHA.

Esok nak balik awal pulak, nak ambil adik dekat KLIA. Nasib ko lah adik. Harap2 semua berjalan lancar & depermudahkan-Nya. Aminn.

Monday, May 14, 2012

Wedding Progress: Kain Family Si Dia

Sabtu lepas keluar dengan En. Tunang. Dah settle membeli kain untuk family dia (family i belum lagi), pergi makan Nasi Arab dekat Saba' Cyberjaya, pergi IOI nak tengok wayang tapi tak jadi sebab tak cukup masa. Makan Tutti Frutti, Ice cream, macam2 lah. Happy dapat luangkan masa berquality bersama.

Sanggup si dia amek leave untuk keluar dengan i. Hikhik (Gelak gatai). Pastu semua benda yang dibuat, semua dia nak amek gambar and upload dengan Instagram. Sebab i ni masih pakai hp biasa2 and bukan android segala, jadi kita low profile sahaja. Sila lah pergi tengok fb si dia (kalau kenal) semua gambar pon ada, sabar je lah. Gambar untuk tema family pon siap upolad jugak. Langsung tak surprise. Anddd yang paling best, i pon dapat jugak sepasang kain yang sama dengan mereka.

Hadiah birthday si dia juga dah bagi semalam. I belikan dia Portable DVD player so that boleh pasang dalam kereta nanti. Gambar nehi untuk entry ni since semua dalam hp dia sahaja. Sila ke fb si dia.

Motip entry ni? Tak ada. Sesaja rasa nak menulis secara tiba- tiba. Ok, kalau boring padan muka. Hahah. Dahh, kbai.

Exclusive Giveaway By Ixorra Bazar

I rasa, benda yang kita kena ambil kira untuk majlis kahwin, yang agak penting adalah doorgift. Sebab apa? Ini adalah pemberian ikhlas untuk tetamu kerana sudi datang untuk memeriahkan majlis dan meraikan kita kan. Tapi, kalau kita pandang ringan benda ni, boleh sebabkan pembaziran dan macam- macam lagi. Kena betul2 fikir apa doorgift yang nak diberi, kuantiti supaya tidak membazir dan untuk siapa.

Maybe untuk majlis i nanti, semua akan dapat benda yang sama tapi akan ada tambahan untuk beberapa kategori. Contoh nya untuk VIP (rombongan pihak lelaki) dan kawan2 rapat. Dan juga cenderahati untuk kanak2. So far i masih dalam planning, tapi besar kemungkinan akan bahgi makanan, sebab lebig worth pada i. Nak compare dengan bagi cenderahati, macam membazir. Ini cuma pandangan i, terpulang pada B2B lain. Tapi, yang paling penting sekali ialah MURAH. 

So ada beberapa cadangan/ plan untuk majlis i nanti. Surah yassin (besar kemungkinan untuk VIP). Samada customize atau tidak. Juga i sedang pertimbangkan untuk DIY.  

 Coklat bar. Mungkin mahal sedikit. Tapi, kalau ada yang sudi tolong, boleh la DIY.
 Kalendar kayu. Memang tak masuk dalam list i. Cuma bagi cadangan pada B2B semua.
 Kotak comel boleh isi gula2/ marshmallow/ telur.
 Atau pon trend sekarang, glass jar. Nampak mewah. Cuma kena fikir nak isi apa di dalam jar.
 And yang paling murah & semestinya boleh DIY (asyik nak DIY je i ni) adalah paper bag. Sangat practical untuk tetamu pegang nak bawa pulang.
Gambar semua ehsan google.

Lepas i dah bebel2  semua, sebenarnya i nak join giveaway pada harini. Penganjur nya ialah Ixorra Bazar.

Mula2 harus bagitau hadiah supaya teruja!!

3 Pemenang Bertuah akan menerima hadiah Exclusive daripada Ixorra Bazar !!!
Jar + Color Sticker + Reben + Marshmallow

Kemudian, syarat2 nya pula.

Syarat2 penyertaan :

1. Mesti follow blog Ixorra Bazar -> http://ixorrabazar.blogspot.com
2. Mesti menjadi teman tapi mesra (Friend) Ixorra Bazar di Facebook ->http://www.facebook.com/ixorrabazar
3. Copy banner Ixorra Bazar di bawah ini (right click then save), upload di sidebar blog anda dan "link"kan ke blog Ixorra Bazar -> http://ixorrabazar.blogspot.com


4. Buat satu entri bertajuk "Exclusive Giveaway By Ixorra Bazar"
5. Tinggalkan link blog entry penyertaan anda berserta link facebook anda di bahagian komen entry kat bawah ni.
6. Penyertaan GiveAway ini akan berakhir pada 31 May 2012
7. Dua pemenang bertuah akan dinilai berdasarkan Entry yang berjaya mencuit hatiIxorra Bazar dan seorang pemenang akan dinilai sebagai Top Referral...

Siapa yang sudi, boleh sama2 join memeriahkan contest. Good luck to all B2B.



Wedding Review: Aini & Hafiz (13-05-2012)

Jadinya last week i pergi wedding housemate time Degree dulu dekat UTHM. Aini nama nya. Orang nye kecil molek comel lote. Aini & hafiz ni dah lama bercinta, kalau tak silap time depa degree lagi. Aini jadi housmate i time dia amek Masters. So semalam i pergi lah wedding Aini dengan Amal, classmate i tapi duduk rumah sebelah. Ahh, complicated betul la intro. So straight to the point.

Reception Aini & Hafiz diadakan di Dewan Kelab Kilat TNB, Bangsar. Nasib baik la tak sesat. Senang pula i cari jalan time ni. Time kami sampai dalam pukul 12.30pm tu tak ramai lagi orang, so kami makan dengan sesukahati. Makanan dia mak aih sedap gila. Rugi pulak tak ambil banyak2. Hahah. Ada nasi putih, nasi beriani, lauk ayam bakar madu, sambal sotong, daging goreng black pepper, ada 2 jenis lauk lagi kot *lupa*, rojak buah, bubur Cha Cha. Ok, penat taip makanan sambil terkenang2 sebab sedap gila. Tapi makanan langsung lupa nak amek gambar. Hihi. I cuma sempat amek gambar ni je. Katering dia adalah Noranom. Harga i tak tahu, tapi serious sedappppp.

 Sebab tak ramai orang sangat lagi time pengantin sampai, so kami pon naik lah atas stage untuk jumpa dengan Aini salam2 and all. Ni gambar pelamin, tapi ramai gila orang so tak nampak pon pelamin sebnarnya. Hahah. Jahat betul aku. Tapi, pelamin dia nice. Simple je pada i, tapi i like. Less is more orang cakap. Tema dia purple biru memang naik sangat.
 Ha, ni pulak gambar pengantin yang super gorgeous. Love to the max. Baju simple, tapi sangat cantik. Adore sangat.
 And yang best jugak, dia ada Wish Tree a.k.a Guest Book Corner. Tapi tree dia agak besar, tak tahu macam mana Aini nak frame or buat apa dengan wish tree dia lepas ni.
 Ni pulak entrance nak masuk ke dewan. Cantik jugak. Pelamin dia pon ala2 bentuk macam ni. Macam Cinderella punya kereta kuda kannn? Lawa. Nak pelamin bentuk macam ni lah please :)
 And last but not least, doorgift yang awesome jugak. Tengok apa dia?
 Bunga telur dolly paper yang sangat creatif, and telur tu adalah telur masin. Camne nak buat bunga telur pakai dolly paper ye? Macam senang je, tapi tak tahu nak buat. Any idea?
 And dalam kotak tu ada muffin chocolate yang sedap gila. And also bekas plastik kecik ada kurma & buah2 kering dalam tu. Mungkin boleh jadi inspiration pada B2B lain.
To Aini & Hafiz, congrats on your wedding. Selamat menjadi kekasih halal.

Thursday, May 10, 2012

Wedding Progress: Bunga Telur

Actually untuk majlis kahwin nanti, i memang nak sangat cut cost kalau boleh untuk semua benda. Caranya? Cari sponsor lah kan. Hahah. Tapi, memandangkan i ni bukan lah artis so mana ada orang yang sudi nak sponsor i  kan. So, cara yang mudah ialah DIY. Lagi pon, majlis i masih agak lambat lagi, so sempat sangat lah if i nak gigih berusaha DIY kan.

Salah satu nya ialah bunga telur. Tapi i plan untuk majlis i nanti, i tak nak buat bunga telur banyak2 pon. Just syarat je nak letakkan/ jadikan bunga pahar letak dekat tepi pelamin. So hanya orang yang bertuah akan dapat bunga telur DIY i ni. Tapi kan, hareeemmm satu pon tak start pon lagi. Haha. Bila ntah nak mula buat, kena buat sikit2 sebab nanti mesti muak nak muntah asyek hadap benda sama je.

So my inspiration is from my friend, who own Flobees. Pemilik Flobees adalah si kembar comel, Melor & Melati. 





Tengok, comel kan antara bunga telur pom- pom yang dua beradik ni dah buat. And ada macam- macam lagi yang mereka sediakan selain bunga telur pom- pom. Mereka juga ada khidmat bunga untuk convocation, gift bag dan macam- macam lagi.


And harga juga sangat berpatutan. So, apa tunggu lagi kalau korang busy tak ada masa nak DIY, senang je. Just tempah je dengan Flobees. Apa tunggu lagi? Mari serbu Flobees and tengok apa yang mereka tawarkan untuk anda.

Tuesday, May 8, 2012

Wedding Progress: Menghitung Hari

Actually benda ni ada geng B2b yang share. Tak ingat dah siapa. Irene barangkali? So nak share pula dekat blog. Heheh.
Share from RKM :)
Jika anda merasa jarak wedding anda masih lama,sebenarnya tidak,cuba lihat hitungan jangkaan waktu yg anda ada sekiranya anda bercuti pada hari sabtu dan ahad sementara hari lain anda fokus bekerja..
1 tahun - anda hanya tinggal 96 hari atau 3 bulan sahaja 
6 bulan - anda hanya tinggal 48 hari atau 1 bulan setengah 
3 bulan - anda hanya tinggal 24 HARI SAHAJA LAGI
2 bulan - anda hanya tinggal 16 HARI SAHAJA LAGI!!



Haaaa, takut tak? Heheh. All the best & good luck all.

Monday, May 7, 2012

Ting Tong

Hahah. Dua entry sebelum ni rasa macam dah pernah post 1,2 tahun yang lepas. Tapi macam mana ntah boleh duduk dalam draft. Pastu tekan publish. Lalala. Abaikan je lah. Ntah pape. Itu je. Kbai.

Ok, sedeh sebab semalam sepatutnya keluar dengan en. tunang jalan2 plus nak bagi dia hadiah birthday. Tapi si dia kena kerja pulak. Pastu saket kaki sebab terseliuh. Tak pelah, tak payah nak cengeng sangat even sebenarnya hati panasssss je. Dah la siap save perut tak nak lunch sebab konon2 nak luch nasi arab sama2. Last sekali tak jadi, makan je la apa2 yang ada dalam peti tu. Tak pe, sabar tu separuh daripada iman. Tak payah nak sedeh2 sangat la.

Hipokrit

Memang la bagus u kemas cuci bersihkan tempat tu. Tapi masalah nya, lepas u buat kerja tu, boleh tak simpan balik brg yg u guna utk bersihkan tu? Jgn tinggal sepah- sepah boleh tak?

U mmg paling rajin masak. Bagus la. Tapi lepas dah siap masak, makan semua boleh tak cuci balik pinggan mangkuk tu? Boleh tak jangan tinggal kan bersepah sampai 2, 3 hari dalam sinki baru nak basuh balik?

Apa masalah u nak marah i kunci pintu bilik i? Come- on. It's my room. Privacy. Ikut suka i la, bilik i. I nak buat apa pon kat bilik i, apa u kesah? U kan ada bilik u sendiri.

Satu lagi, jgn la suka- suka buat bilik, harta benda org mcm u punya. Selamba je org tengah tido u cungkil pintu bilik nak bukak juga. Hello, u ni tak belajar adab ke?

Adeh, masalah betul la. Bila org baru buat baik sikit, dah naik kepala. Kesian u kan. Baru keluar dari gua. Mcm tu la. If tengok dari luaran, semua akan kata yg u ni bdk baik, sopan santun. Puh- liss la. Org terdekat je yg tau u mcm mana sebenar nya. Kesian semua kena tipu dgn u hidup- hidup.

-Azreen-

Will you marry me

Rasa- rasa kan, pada pandangan korang melamar tu penting tak? Macam dia officially lamar kita untuk jadi teman dia for the rest of his life. For me, i think melamar tu penting. Even kita dah memang tahu arah tuju kita, and dah planning nak tunang, kahwin, dapat anak & grow old together.

Still melamar tu penting sebab menunjukkan yang si lelaki betul- betul serious untuk jadikan si perempuan teman hidup. Tak perlulah nak bawak naik cruise or fancy dinner and all. Tapi kalau mampu apa salah nya :P Cukup sekadar lamaran "Will you Marry Me", tapi secara romantic.

And romantic is subjective. Terpulang kepada diri sendiri & masing- masing untuk figure out what she like. Kalau dah lama bercinta/ berkawan, sure tahu apa yang si perempuan suka & tak suka. Contohnya, bawa kek dan di atas nya ada tulisan Will you marry me or apa- apa sahaja yang membawa maksud yang sama. Atau selitkan kad comel bertulis Kahwin dengan Saya? secara rahsia dalam purse/ bag make up dia.

Yang penting kreatif dan akan menjadi kenangan yang paling indah untuk kita berdua :)

Saturday, May 5, 2012

Review:Myeg

First time i nak renew road tax & insurance selepas setahun umur baby P. Excited, tapi at the same time sedeh sebab bakal habis RM1k ++. Dah lumrah, nak buat macam mana. Redha je lah. So sebab i tak tahu sangat nak buat camne and tak ada banyak masa, ada kawan i yang suggest kan guna myeg services. Anddddd sangat lah senang nak buat. Just login, isi borang then orang tu akan call you untuk tolong u isikan borang if u tak reti. Then, dia tolong kirakan semua, kita just transfer duit and esoknya road tax u dah sampai depan muka pintu. Seriously senang. And customer service dia pon ok, layan je i yang tak tahu apa2 ni. All and all, guna la myeg ni. Tak payah susah2, semua di hujung jari you. 

Selamat menggunakan myeg you olls.

Friday, May 4, 2012

Dua May Sembilan Belas Lapan Puluh Tujuh

Entry ni dah lewat beberapa hari. Happy Birthday sayang. Thank for being my bestfriend, partner in crime, my fiance, my boyfriend, and everything to me.

Thanks sebab sentiasa sabar dengan kerenah i yang macam2 ni, sanggup berkorban and buat almost everything yang i nak/ i nak makan/ i nak pergi jalan2.

Ok, i tak reti nak jiwang segala buat ayat bermadah. Tapi i just want to let you know that i bersyukur sangat that we found each other. I love you more and more every day.

Thanks for completed me. Moga segala impian & cita2 u tercapai, sentiasa dilindungi-Nya dan dirahmati-Nya. Happy birthday and this is your last birthday as a single man sayang. Next year, kita dah boleh celebrate as a wife & husband :) Amin.

Wedding Tutorial: Pomander Ball #DIY

Salam B2b semua. Harini i nak share satu tutorial/ DIY yang i buat for my wedding. Ok, maybe benda ni macam simple gila tak payah buat tutorial pon tak apa. Tapi biarlah, saje2 nak share. Kan sharing is sexy. Hahah. So lets get started.

Bahan- bahan yang diperlukan adalah:
1. Polistren bentuk bulat. Ada macam2 size, pilih ikut size yang dikehendaki. And just to inform, nanti lepas dah siap, pomander ball kita akan jadi lebih besar daripada size polistren asal tu. So, choose wise :)
2. Bunga- bunga kecil. Ikut citarasa. I beli bunga ni dekat sayang you, semua house. Only Rm1.50 satu packet. Boleh dapat untuk sebiji bola i.
3. Gunting
4. Manik
5. Gam pistol & lilin nya.
6. Reben.
 
Mula- mula ceraikan/ gunting bunga daripada dahannya. And kita akan dapat bunga sekuntum2.
 Then lekatkan bunga tadi pada polistren 1 by 1. Tak kesah sangat nak ikut line ke tak, sebab at last dia tetap akan jadi bulat.
 Lekatkan lagi sampai penuh bola tadi.
 Lepastu jangan lupa letakkan manik pada bahagian bawah, and reben pada bahagian atas. Lupa nak ambil gambar time lekatkan reben. Tapi cara dia sama je. Just letakkan macam tu.
 Penuhkan bunga pada keseluruhan bola sampai cover tempat kita lekatkan reben & manik tadi.
 Tadaaaa!! Dah siap, boleh gantung sesuka hati. Kalau tak faham, boleh tanya i :)