The Fans

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 30, 2012

Wedding Progress: Tempah Baju Nikah & Resit Hilang

Ok, now tengah stress. Dah 2,3 hari cari tak jumpa2 jugak. Last week i kan pergi kursus kahwin dekat Temerloh kan dengan En. Tunang. Kebetulan, ada seorang kwn i dekat Group B2B tu ada suggest kan satu bridal ni dekat Temerloh untuk buat baju. So after kursus, hari Sabtu terus zass ke butik tu lah. And discuss semua pasal design and all, amik ukuran, bayar deposit semua.

Then akak tu bagi lah resit sekali dengan perca kain. Sekali bila dah sampai Shah Alam, i cari2 balik resit tu tidak lah i berjumpa :( Sedih gila tak tahu dekat mana. Apa lah i ni. Langsung tak dapat nak re-call dekat mana i letak. Adeh, stress nye. Grrrrr.

Ok, ni teaser
*tak macam teaser je sebab dah besar sangat* kain/ material untuk baju nikah.

Thursday, March 29, 2012

Birthday Wishlist 2012

Hahah. Tajuk nak gempak je macam artis pulak kan. Tak ada lah banyak pon wishlist tu. Ada ke sesiapa yang sudi nak realisasikan impian ni? *Cough* Ok, meh nak bagi tau nak apa kali ni.


Kalau ada sudi nak hadiahkan, memang terharu sangat lah. Lagi- lagi mesin jahit tu. Walaupon langsung tak ada idea nak mesin jahit cmno, any mesin jahit will do lah :)

Eh lupa nak bagi tau. Birthday kte 2 April.

Wednesday, March 28, 2012

Wedding Progress: Theme & Serba Sedikit

Semenjak lepas bertunang, makin malas nak menulis. Tak tahu kenapa. Actually dah sibuk2 nak buat preparation untuk wedding. Tapi, macam lambat lagi lah bulan. I have about 11 months to go kot? Eh, tak lama dah tu kan? Hahah. Slow2 kayuh la orang kata.

Kursus kawen dah settle, lega dah 1 hal. Now tengah dalam projek nak DIY felt rose, bantal hantaran & pomander flower ball. Satu- satu kena buat, nanti tak pasal2 kucar kacir jadi nya. Baju nikah dah selamat tempah. Kena cepat2 balik kampung and tengok bridal kat sana untuk pilih pelamin. Tak nak jadi macam time tunang dulu. OP dah finalize dah nak book siapa, cuma tak book je lagi.

And dah pilih tema warna. Tapi mama macam tak berapa suka. Mama nak jugak kena ada warna merah purple pink gitu. Tapi i rasa macam boring pulak asyik nak pink merah je. Ok, maybe boleh selit2 warna pink sikit2 kot sebagai penyeri kan. So presenting color theme for my reception.

Navy Blue- Yellow





Tapi baju pengantin tak akan sama lah. Tak decide lagi nak warna apa untuk baju pengantin. Tapi kan, nak cari barang2 hiasan warna navy blue ni susah nye masha- allah.

Wordless Wednesday: First DIY (#WW)

First DIY for my wedding. More to come.

Thursday, March 22, 2012

Quick updates

Hai B2b & reader semua,

Lama tak update blog kan? Esok i cuti. Sebab nak pergi survey2 barang untuk majlis and beli apa yang patut. Weekend ni pulak ada kursus kahwin dekat Temerloh dengan En. Tunang.

Weekend ni ada pameran penganti dekat PICC. Kalau sempat, maybe pergi singgah kejap hari Jumaat. And also teringin nak pergi pameran kraft dekat Pusat Kraft Jalan Conley. Banyak sangat kerja. Too much work & too little time. Dah, jangan nak complaint.

Also nak hunting barang2 untuk DIY bantal hantaran. Tak sabar nak start project. Nanti updates lagi. Babai semua :):)