The Fans

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 31, 2010

2010 & Kisah di sebaliknya.

Disebabkan esok dah nak masuk tahun baru, mari kita lump sum kan apa yang telah terjadi pada diri i sepanjang tahun ni.
  1. Berjaya siapkan thesis yg i rasa susah jugak nak siapkan coding-nya. Walau pun i dapat siapkan last minute, still i rasa bangga sebab program tu jadi. Special thanks to my supervisor, Pn. Norshidah Katiran & En. Hemli selaku c0-sv yang tak bertauliah sebab tolong i siapkan kerja ni last minute. Even sv i memang tak akan bagi student dia A, dapat B+ pon dah jadi kebanggaan.
  2. Gembira sebab i telah banggakan parents i dengan dapat graduate from UTHM on time. I ingat lagi, time i keluar dewan cari parents i and bila i salam dengan mama & papa, papa tiba- tiba menangis terharu. Cool kan? Terus kami semua berpeluk sambil menangis bersama sebentar. Bangga ok dapat konvo.
  3. I telah ditawarkan kerja sebagai Project Engineer di H*S Corporation. And lebih membanggakan diri, bila itu adalah my first job interview and i terus qualified. Dapat kerja sebelum konvo adalah double bangga & menggembirakan.
  4. I telah dikurniakan seorang lelaki, Ammar B. Hashim yang dapat menerima diri i seadanya. Even i tahu i ni manusia yang banyak kelemahan, cacat cela & kekurangan, dia terima i seadanya dan cuba bimbing i ke arah yang lebih baik. Dan yang paling penting, dia sayang i macam mana i sayang dia.
  5. I belajar erti hidup yang sebenar since i start kerja & practical dekat TM Dungun. Baru kita kenal yang mana kawan, yang mana lawan & yang mana berpura- pura jadi kawan. Orang yang suka ambil kesempatan ke atas diri kita bila kita leka dengan kebaikan pura- pura yang ditonjolkan.
  6. Pak Long i sakit, and separa lumpuh. Mama bawa balik Pak Long ke rumah & jaga dia macam jaga anak. I sangat terharu dengan kebaikan & ketabahan mama. Sungguh, i menjadikan mama sebagai idola i & akan cuba buat mama tersenyum sampai bila- bila. Sampai akhir hayat i.
  7. Lagi kenal perangai macam- macam orang bila i buat kerja part time jadi pembanci. Oh, sampai sekarang i tak dapat habis lagi gaji i sebagai seorang pembanci. wtf. Ptff..
  8. I mulakan hidup baru i sebagai seorang yang berdikari & mula tanggung diri sendiri. I berhijrah ke Shah Alam, mencari rezeki dengan hasil usaha sendiri.
  9. I calarkan & patahkan side mirror kereta baru abang time baru nak reversed kereta tu keluarkan dari pagar rumah. Looser me. Haha.
  10. Tahun 2010 jugak tahun yang i lebih mengenali apa itu cinta & lelaki. Gilakan En. H & kena serang dengan gf ex-bf ada lah 2 benda yang seronok sebenarnya & akan jadi kenangan i. LOL.
Oh, dah 10 perkara pasal 2010 yang i berjaya ingat. 2011, please be nice to me. Anda pula bagaimana?

Thursday, December 30, 2010

Sumpah cool gila, tak menyesal tengok.

Cool gila kan? Tak menyesal tengok kan? Kan? Kan? Nak cuba juga, tapi rambut i tak panjang mcm dia, jelesssss..

Yaaayyy!! Esok public holiday. Tahniah Team Malaysia.

Ok, gambar curi dari blog si BF. Thehe.
Tahniah kepada team bola sepak Malaysia, kerana telah berjaya mengalahkan Indonesia dengan aggregate 4-2 dalam Piala AFF Suzuki. Bangga tak terkira lah i. I ni bukan nya selalu nak tengok bola pon, tapi tak tahu kenapa tiba- tiba semangat tengok final pt. 1 & 2 ni bila tahu Malaysia masuk final. Even tengok kat rumah je, tapi menjerit- jerit semangat gila dalam rumah dengan housemate semua. Comel je. Hehe.

Terima kasih kepada hero- hero kita, terumatanya si penjaga gol Khairul Fahmi dan penjaring terbanyak kita, Mohd Safee kerana menjadi penyumbang terbesar kejayaan team kita. Oh, ye. Terima kasih kerana memberikan kami semua public holiday. Love you all. XOXO. Eh, tapi i love you most lah darling, jangan risau ye En. Ammar.

p/s: Oh, mari kita serbu blog Elia, gf si penjaga gol Khairul Fahmi yang tiba- tiba menjadi fenomena Malaysia.

pp/s: I cuti juga harini. MC sebab demam sakit kepala flu. Hehe.

Wednesday, December 29, 2010

Off friends' wedding & engagement

Haritu i ada cakap nak pergi Syazwan's wedding (a friend from YTD) on the 25th Dec 2010 kan? The wedding was held in Bangi. Tapi i bukan pergi rumah Syazwan, instead i pergi rumah Aiza, the wife :P Sebab rumah Syazwan ni jauh sangat la dekat Kuantan. So mana- mana pon ok je kan actually? Yang penting kita pergi lah kan? So here are few pictures from the wedding, tapi tak berapa clear and tak cantik sangat since ambil gambar guna BB je.

Time ni baru je sampai, orang memang tengah ambil- ambil gambar dengan pengatin atas pelamin terus join sekali.
Pintu gerbang & interior design semua superb!! Group picture dengan YTD-ians yang hadir semua.
Photo gallery, gambar time nikah.
And a few (sebenarnya 2 keping je) pictures from my housemate, Kak Fiza's Engagement day dekat Klang. Banyak sangat sampai i jadi malas nak pilih. Boleh camtu? Hehe.

Inilah si pen-tunang nya, Kak Fiza
My favorite picture. Sebab nampak i macam patung je :P

Saturday, December 25, 2010

Merry Christmas & It's been a year

Morning every one. Happy Holiday. It's been a year since the-so-called-first-date last year with him. Macam cepat je masa berlalu kan? Dah setahun :) I was planning to go out again with him today as in celebrating the anniversary. Haha. Boleh ke orang panggil anniversary dah dating setahun? LOL.

But tak boleh lah, since my sayang is now in Temerloh & working so hard there. Kesian dia. Even i sedeh juga, sebab there's no him with me now. Tapi still happy for the anniversary. It's ok, we had another plan next week. New Year Celebration. Yaaay!! *Ehem*

So sebabkan dia tak ada bersama i this week, i need to have another plan. Petang nanti akan ke Syazwan's Wedding di Bangi. A friend from YTD.

Till we meet again.
Lotsa love,

Thursday, December 23, 2010

Reminder #2

Don't lie, be honest and always tell the truth.

I like anything beautiful

Very tempting, delicious & beautiful. Wahhh!!

Wednesday, December 22, 2010

Reminder #1

Be careful of what you are wishing for.

Tuesday, December 21, 2010

Otak saya dah penat bekerja.

Harini rasa sangat penat fikiran sebab i dapat 3 tender which sebenarnya tender yang sama, cuma dapat dari client yang lain. So possibility untuk dapat tender ni besar lah kot, sebab 3-3 client pon suruh i quote untuk project yang sama.

Tapi i la yang pening nak kena go through satu satu and differentiate yang mana yang lain yang mana yang sama. Aish. Penat lah. Kerja tak siap lagi ni, tapi boleh tak if i nak balik je?

Penattttttt..

p/s: Ada 1 vacancy kat office i, post Technical Assistant. Ada siapa- siapa berminat tak? Kerjanya nanti kena jadi ala-ala assistant i lah. Kalau siapa berminat, boleh e-mail i or drop comment kat sini. TQ.

Since the day he said, "I want You in my life for the rest of my life". Officially.

Mine

His

Haha. Gedik je kan? Whatever :P

Sunday, December 19, 2010

You are my only exception

He touched my heart when he said,
"Apa- apa pon, i sayang u tau. And i really meant it".


Please, give me chances to be loved and feel appreciated. Don't disturb me anymore and let me & him alone. Thank You.

Friday, December 17, 2010

Holiday with You.

Wednesday (8th Dec 2010)
Arrived BP safely at 10.45pm. He picked me at the bus terminal and we went to watched Rapunzel. Awesomeness!! Sampai je sanggup terus pergi tengok Rapunzel padahal perut dah lapar gila balik keje terus naik bus. After tengok wayang baru pergi makan and tumpang bilik si BFF Ruby.

Thursday (9th Dec 2010)
Pagi- pagi si dia kejutkan i teman dia breakfast dekat 25 Jam. Padahal dia tunggu kwn dia nak pergi JB hantar thesis untuk mintak approval from SV. Bila dah tak jadi pergi, i lepak je ngn kesayangan i tu kat situ sambil makan- makan je.

Then i pergi saloon buat rambut. Tapi tak sempat siap, dia dah suruh i cepat- cepat bergegas nak pergi Senggarang makan kerang goreng idaman kalbu. Pergi sana dengan Mad & Ruby. Makan mcm banyak gila kerang goreng, nasi goreng, sate ayam & daging, dan otak-otak. Lepas tu tengok wayang lagi Narnia siap tertido sebab penat. Lalala~~

Friday (10th Dec 2010)
Sambung buat rambut semalam lepas breakfast first time dekat Pt. Bengkok. Mampu je i. Orang dekat saloon tu cakap i pecah record sebab buat rebonding sampai 2 hari. Lama jugak lepak kat saloon tu sebab ramai gila orang. Lepas i siap, i paksa si dia pula potong rambut. So sempat jugak la dia teman i kejap kat saloon tu. Thanks B teman i!!

Betul- betul siap buat rambut dia, kami pergi BP lagi dengan Eip & Dayah. Pergi karok 20 lagu (Perghh!!) and tengok wayang Hantu Kak Limah Balik Rumah. Ok, tiga hari berturut- turut pergi tengok wayang. Semua cerita i tengok pon best :) Balik tu singgah makan KFC.

Saturday (11th Dec 2010)
I ajak dia teman i jumpa family angkat i dekat Pt. Semarang. Lama kot tak jumpa mak & abah. Dah la mak sakit. Lepas pergi beli buah limau, lepak rumah mak lama jugak borak- borak and makan-makan (Hehe) balik pergi singgah beli Bluberry Cheese Tart yang sedap gila dekat Noy's sebab terliur tengok dekat blog Puan Bunga.


Sumpah sedap tak tipu!!

Malam tu parents dia datang nak ambil barang- barang. I tak ikut sebab i takuttttt nak jumpa mak dia. Boleh tak macam tu? Nanti ok sayang? Tak sedia lah. Tapi before parents dia sampai sempat lepak makan kat maple. Best kan lepak ptg tu B? Kan? Kan? Kan? Hehe.

Sunday (12th Dec 2010)
Dah kena balik Shah Alam semula. Sedih gila dah lepak lama sangat sama- sama then kena perpisah. Ececeh gedik je. Dia hantar i ke bus terminal and bye bye sedih sedih dan balik.

Having soo much fun with you dear. Thank you sayang, ILY and will always do. Insyaallah.

Thursday, December 16, 2010

Bertabah-lah Azreen!

Lama betul server dekat office ni down. Dari hari Jumaat lepas, time i cuti tu. Sampai ke harini. Ye, harini. Boleh bankrupt office i macam ni tau. Geram betul i.

Mood nak update cerita pasal bercuti di BP sangat membuak- buak. Tapi bila datang office and server down, terus tension. Balik rumah harus la i rasa malas pula nak buat karangan :P Haha.

I sedeh sebab still tak berjaya nak mencapai cita- cita membeli hp lagi. Kewangan, sila kukuh. Sabar sabar sabar.

p/s: Minggu ni i puasa from Isnin- harini (Khamis). And masa puasa ni la banyak sangattttttttt cubaa & dugaan. Bertabah-lah!

Wednesday, December 8, 2010

Laju

Oh, i tak sabar nak tunggu malam ni, sebab harini i akan pergi ke BP. Yaay!! Wah, macam first time je sejak bermastautin di BP dari dulu- dulu rasa ceria gembira je nak pergi BP. Haha. Motif? Nak pergi jumpa BF & BFF.

Plan with friends yang i ada mention earlier cancel last minute. Alang- alang i dah ambil cuti, teruskan lah dengan plan baru, ye tak??

Even baru 3 minggu tak jumpa dah rasa rindu kan??? Gedik lah i. Lalala~~ Betul ke 3 minggu eh? Rasa macam less than 3 weeks je :P

Cepat lah jam. Gerak laju- laju- laju- laju sikit banyak.

Sunday, December 5, 2010

Aim for now.

p/s: Post ni akan jadi sticky post sampai i rasa dah berjaya capai matlamat. At least 2/3. Nanti i akan remove. Sila scroll down for new entry.

Wish list:

1) SE Xperia x10/ SE Xperia X8/ Samsung ( tapi tak tahu nak Samsung apa). Basically, a new hp lah.
2) New watch (Fossil will do).
3) New purse (Tak kesah brand apa, tapi M&G mcm cantik je) Red purse!!
4) Jeans M&G Tak dapat M&G sebab tak jumpa, tapi still cantik juga Radioactive punya.
5) Tops nak banyak- banyak Cukup la kot? Next month leh beli lagi :P
6) Wedges yg i tengok kat Seksyen 18 Yaayy!! Grey wedges is awesome.

*Ehem- ehem.*

Wednesday, December 1, 2010

Dengki

Argh, i serabut dengan org yang suka dengki dengan kelebihan orang lain dan juga suka jaga tepi kain orang. Biar lah kalau rezeki i lebih daripada you. Tak payah la u nak dengki lebih- lebih. And sibuk nak cerita- cerita belakang cakap pada semua orang. Padahal kalau kat depan, sikit punya manis. Gigi lagi lembut dari lidah. Pijak semut tak mati.

I sepatutnya dah belajar banyak. Yela, masa lepak dengan i pon macam- macam u cerita pada i hal orang itu. Cacat orang sana. Buruk orang sini. So tak mustahil kalau pada semua orang u buruk- buruk kan i jugak.

Orang macam u ni memang tak boleh orang lebih sikit dari u, mula la nak jelous. I bukan apa, u tu dah la pangkat lebih rendah daripada i, tapi nak jelous bila gaji i lagi banyak daripada u. Apa ke hal?

Aish.

December!!!

Hello December.
Be nice to me.
Bring me love, happiness and bless.
X.O.X.O