The Fans

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 26, 2012

Business/ Outstation/ Wedding Preparation

Adoi, bz nye lah lately. Asyek2 kena outstation JB je. Balik hari pulak tu. Matilah! Dah la kereta pakai minyak. Kalau pakai air, tak apa lah jugak. I should request a private jet for myself shouldn't i?

Nak update pasal business pon tak sempat2. Asyek gebang sana- sini buat itu ini, tapi hasil apa pon tak ada. Hampeh betul diri sendiri ni. Ampun maap dipinta ye. I'allah bila ada weekend yang betul2 free, akan i siap kan segala2 nya.

Now, bunga telur in the making. Aim nak siapkan bunga telur ni +-100pcs sebelum balik kampung raya haji ni so that i boleh angkut sekali balik raya nanti. Rumah sewa i dah semak samun dengan my wedding preps punya barang2. Malu jugak dengan housemates ku yang lain. Harap2 sempat lah siapkan ye. Amin.


Tuesday, September 25, 2012

Terus dari hati

Aku demam pon, engkau still suruh aku datang kerja? Padahal benda tu tak payah nak suruh aku buat pon. Kerani pon boleh buat benda tu. Kau sendiri pon boleh buat benda tu. Kenapa nak suruh aku buat jugak? Bukan ke ada seorang lagi engineer dalam department kita, selain daripada aku? Dia tu duduk goyang kaki je handle 1 project, then semua benda pass kat aku? Even project dia pon aku jugak yang kena monitor. So benda kecil macam tu tak payah la nak menyusahkan aku fikir semua benda. Aku tak sehat kot, nak bangun pon tak larat. Engkau masih nak bebankan aku. Gaji dah la seciput. Rasa nak berhenti kerja sekarang jugak, & kahwin cepat2. Enam bulan lagi, bertabahlah mental & fizikal.

Wednesday, September 12, 2012

I also talk business.

Actually i sedang bosan di office setelah balik dari meeting di KL. Rasa macam nak terus balik rumah & bommm, tido. Tapi apa kan daya, itu semua tidak mungkin berlaku.

Aside from buat business custom made veil untuk pengantin2, i juga ada buat business terbaru iaitu sewaan camera polaroid. Semua pertanyaan boleh diemailkan kepada azreenshafie@gmail.com untuk details ye.

Lepas ni ada jugak nak buat tempahan untuk photobooth props/ custom- made bunting. Ini semua later i akan upload ye.

So kalau ada apa2 petanyaan, email je to azreenshafie@gmail.com. Jangan malu jangan segan.

Monday, September 10, 2012

Wedding Preparation: Cuba Teka?

Cuba teka apa nak dibuat dengan nama ni? Hehe. Baru buat 1 set, ada 2 set lagi nak dibuat.

Thursday, September 6, 2012

Wedding Tutorial: Rozek/ Rosette/ Button Badge for Family Members #DIY

Remember i ada pernah tulis pasal rozek yang i nak buat untuk family members dekat entry sini? Last2 i tak jadi nak buat sebab i rasa macam leceh je nak gulung2, potong2 and time gulung tu kalau salah gulung jadi comot & tak cantik. Plus dia guna lebih banyak felt. *Kedekut* So, i pon jalan2 lagi di internet & finally i decided to buat rozek yang lebih simple. So, mempersembahkan rozek yang bakal di pakai family members.


So, mari kita ke tutorial. I rasa, kalau google pon, ada banyak tutorial. Tapi, this is my style to do it.  Harap bermanfaat.

1) Mula2 potong kain felt kepada desired size. Potong kepada bentuk segi empat tepat. Alamak, i dah lupa i punya size berapa. Total bunga yang i dapat untuk setengah meter (RM 5.00) adalah 75 keping. I buat 5 kelopak.
 2) Then ambil 1 potong, lipat dua & jahit jelujur pada hujung yang terbuka.
 3) Ambil lagi 4 potong (total 5 potong) dan jahit jelujur side by side macam gambar.
 5) Bila dah habis jahit, tarik je kain felt tu sampai  dia berkedut & rapat. Pegang kemas2.
 6) Cantumkan membentuk bulatan/ bunga antara kelopak first & kelopak last.
 7) So dia akan jadi sekuntum bunga :)
 8) Macam gambar ni.
 9) Kemudian, letak gam ditengah2 untuk lekatkan bunga yang sekeping lagi. Bergantung pada kesesuaian nak guna berapa layer/ warna.
 10) I guna kuning 1st layer & biru 2nd layer.

 11) Letak gam kat tengah2 untuk gamkan pearl. I guna yang size agak besar, tapi x sure size nye apa :P Jangan marah ye.
 12) Siapkan sampai pengsan.
 13) Letakkan gam pada bahagian belakang untuk pin & label/ nama. Make sure label/ nama tu ada lebihan sikit supaya bila kita gam, dia tak terselindung. I just pakai kertas yang sedikit tebal & print untuk label.
 14) Siap untuk diagih2 kan! :)
Selamat mencuba! Kalau ada pertanyaan, boleh email kalau tak faham. All the best & good luck.

Wednesday, September 5, 2012

Wedding Preparation: Rozek dah siap!

Dah siap jahit button badge/ rozek. Tinggal nak gam nama & pin je. Nanti i upload ye. Macam malas sangat nak upload gambar ni ha. Hehe. Nanti kte upload ye. Siap dengan tutorial sekali. Dah siap 75 pcs. Hehe. Hebat x? Kikikik.

Balqis Amira Mat Hassan, 1987-2012

Sungguh i tak sangka, bangun pagi 1 September 2012 dikejutkan oleh sms & call from tunang i, memaklumkan berita kematian sahabat rapat kami, Balqis Amira atau kami panggil Eip. Arwah seorang yang ceria, selalu ada untuk kawan2 apabila diperlukan.

Sampai ke harini, i masih lagi in shock & tak percaya dengan pemergian arwah. Semoga kau dirahmati Allah swt & di tempatkan dalam kalangan orang- orang yang beriman & beramal soleh. Al- Fatihah. I'allah, kau sentiasa di dalam ingatan & doa aku. Semoga kau tenang & damai di sana. Macam tak percaya, sekelip mata je kau dah tak ada. Bila aku tengok2 balik fb & blog kau, aku cakap pada diri sendiri betul ke kau dah tak ada?

Bila aku kenang semula time kita sama2 study dulu, hang out pergi mandi sungai, lepak join budak2 ni memancing, karaoke, tengok wayang, tak ada duit pon nak jugak lepak sama2 sampai sanggunp tong2 duit minyak & makan. Manis sangat kenangan tu kan. Aku harap kau lebih berbahagia & aman kat sana.

Al- Fatihah buat arwah sahabatku, Balqis Amira Mat Hassan, 1987-2012.


MAUT...anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang terjunam ke dalam gaung.




















MAUT...anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang terjunam ke dalam gaung.
HANCUR...keadaan kereta mangsa yang remuk dalam  nahas membabitkan tiga  kenderaan.
HANCUR...keadaan kereta mangsa yang remuk dalam nahas membabitkan tiga kenderaan.



















PEKAN: “Sungguh memilukan apabila panggilan telefon kepada Nur Hidayah (mangsa) dijawab orang lain, memaklumkan rakan saya itu terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia,” kata Nor Zarina Md Tahir, 25.
Dia adalah rakan kepada dua penuntut peringkat sarjana Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Johor, yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 76, Jalan Kuantan-Segamat, dekat sini, kelmarin.

Berikutan insiden menyayat hati itu, Nor Zarina berkata, dia membatalkan hasrat untuk menghadiri kenduri kahwin seorang rakan di Bahau, Negeri Sembilan, semalam.
Mangsa yang maut dikenali Balqis Amira Mat Hasan dan Sharifah Nur Hidayah Syed Salleh, masing-masing berumur 26 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, dua rakan karib terbabit terbunuh selepas Perodua Viva dipandu Balqis dalam perjalanan ke Kuantan bersama Sharifah Nur Hidayah dikatakan hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan menyebabkan berlaku pertembungan dengan sebuah Toyota Avanza dinaiki seorang lelaki, Mohd Rasid Hassan, 41, bersama lima ahli keluarganya.

Perodua Viva itu kemudian melambung sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira tujuh meter di bahu sebelah kiri jalan berkenaan menghala ke Muadzam Shah, Rompin.
Pada masa sama, sebuah Proton Wira dipandu seorang wanita, Noor Hidayu Hitam, 24, bersama seorang rakan yang berada di belakang Toyota Avanza berkenaan tidak sempat mengelak lalu melanggar kenderaan itu.

Bagaimanapun, mangsa yang berada di dalam dua kereta terbabit hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pekan (HP).
Nor Zarina berkata, dia dijangka bertemu Balqis dan Nur Hidayah masing-masing berasal dari Tanah Merah, Kelantan dan Batu Pahat, Johor, pada majlis kenduri kahwin rakan mereka semalam, selepas sebulan tidak berjumpa apabila dia terlebih dulu menamatkan pengajian di UTHM sebelum Ramadan lalu.

Katanya, dia tinggal serumah dengan kedua-dua mangsa di Batu Pahat dan mereka sama-sama melanjutkan pelajaran di UTHM dalam jurusan Sarjana Kejuruteraan Mekanikal.

“Saya terkejut apabila seorang pegawai polis menghubungi saya tengah malam semalam (kelmarin), memaklumkan kedua-dua arwah terbabit dalam kemalangan.

“Bagi memastikan berita itu, saya menghubungi arwah, tetapi panggilan itu dijawab seseorang memaklumkan dua rakan itu terbunuh dalam kemalangan.

“Ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke Kuantan atas satu urusan sebelum meneruskan perjalanan ke majlis kenduri kahwin rakan kami di Bahau,” katanya yang menetap di Bera.

Nor Zarina berkata, kali terakhir dia berbual dengan arwah Nur Hidayah kira-kira jam 6 petang kelmarin.

“Kami berkawan sejak 2005 ketika sama-sama belajar di Kolej Matrikulasi di Gambang (dekat Kuantan) sebelum melanjutkan pelajaran di UTHM,” katanya sedih dengan kejadian menimpa dua rakan karibnya itu.

Abang Balqis, Mohd Syafirul Amri, 30, berkata, keluarganya reda dengan kejadian menimpa anak kesembilan daripada 10 beradik itu.

Katanya, kali terakhir mereka bertemu pada Aidilfitri lalu di rumah ibu bapanya di Tanah Merah.

“Balqis seorang yang periang serta peramah dan dia kini menuntut dalam semester terakhir untuk menamatkan pengajian pada peringkat sarjana,” katanya memaklumkan jenazah adiknya itu dibawa ke Tanah Merah untuk urusan pengebumian selepas solat Isyak, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Ketika kejadian cuaca baik, manakala kawasan tempat kejadian gelap tanpa lampu jalan,” katanya.

Petikan berita dari sini.