The Fans

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 31, 2011

Very frustating, yet still bersyukur.

Alhamdulillah. Semua dah settle, my baby dah boleh keluar. So esok akan balik kampung to pick her up to Shah Alam. And also to attend Pok U's Majlis Sambut Menantu. Tak sabar rasa nya.

Tapi yang sedeh nya boss i tak kc i nak cuti. I was planned to ambil cuti on Monday & Tuesday. Tapi nak buat macam mana, boss tak approve. Sebab ada FAT & HT dekat Singapore,he'll be attending the test. So someone has to be at the office, which is me.

Sedeh lah, tapi tak apa lah. Take it positive. Ada hikmah tu. Maybe sebab ada niat tak betul tu, so Allah swt tak approve plan i. Terima kasih Allah swt.

Kita merancang, dia menentukan. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia Maha mengetahui. Subhanallah.

Dengki, cemburu, busuk hati adalah sangat keji.

Kenapa kita perlu cemburu dengan kelebihan orang lain? Dah itu rezeki dia, dia pandai, belajar tinggi- tinggi, pangkat pon lagi tinggi dari you so wajarlah dia dapat gaji lagi tinggi dari you kan? You dah buat kerja you yang setakat tu je, terima je lah gaji banyak tu. Kalau you nak bandingkan gaji you dengan boss memang tak terbanding lah kan?

Cuba belajar terima hakikat, redha & yang paling penting, BERSYUKUR. Bukan nak jealous, dengki, khianat. Kalau nak award lebih, kena berusaha lebih, Jangan mulut je nak bising pot pet pot pet, tapi tangan duk bukak FB je memanjang. Outstanding kerja berlambak- lambak. Dalam tray IN penuh kertas. I tak faham dengan orang yang busuk hati ini.

So, baik berusaha untuk berubah ke arah kebaikan instead of dengki cemburu buta. You got what i mean?

Seminar Kebakaran & Keselamatan WPKL

Assalamualaikum and hello awesome people! :) Today i nak story mory pasal i pergi Seminar dekat PWTC tu. Yang i siap buat rehearsal lagi dengan boss the day before "-_-

Kesimpulan yang i nak buat, the seminar was ok and beneficial even during the seminar i adalah mengantuk sangat- sangat :P And not to forget, the food was nice and good. Tapi sebab dengan boss, harus lah i tak ambil gambar makanan semua kan sebab nanti boss mesti cakap i psycho semua benda nak ambil gambar +_+

Here was where the event took place.
Dewan Merdeka, PWTC.
Cantik kan dia punya susunan. And atas table setiap seat ada disediakan ni. Konon- konon membantu lah during the seminar.

Air, gula- gula mint, papers & pencil.
Depan boss haruslah tunjuk rajin pura- pura salin notes :P
The papers (before) & the notes (after)
And part yang paling best i rasa (aside from the awesome food), were the goodies bag. There are a lot in the bag, you know.

The bag itself is kinda cute.
The tag for PESERTA.
Pen yang boleh dijadikan pointer & siap dengan lampu and 3 spares batteries!
4GB SONY Pendrive.
Pen holder with digital clock in front.
Buku Panduan Kebakaran.
And jugak ada Sijil Penyertaan dengan few points untuk keahlian kelab :)


Ada siapa- siapa lagi yang pergi tak haritu?

Wednesday, March 30, 2011

Early Birthday Present (Surprise!)

The post is back- dated. I wrote it on 28-03-2011 & publish it today (30-03-2011).

Harini (28-03-2011) i rasa sangat happy. Even i berhadapan dengan pagi Isnin yang malang, tapi Allah swt telah bagi i rahmat selepas itu.

Pukul 3.30 pm macam tu i keluar from office ke bank Islam dekat seksyen 14 untuk settle pasal loan. Tapi i end up sesat +_+ Mula- mula i ke bank Islam PKNS, tapi salah sebab situ cuma ada machines je. I nak signed agreement kena ada orang :P So i buat muka tak malu tanya abang yang jalan sebelah i. Nasib baik dia sangat lah baik siap escort-kan i sampai ke depan bank tu. Tq abang! You really made my day. Nasib baik abg tu tolong i, so i sesat 1 jam je. Kalau x, mahu 2 jam i sesat :P

Masuk dalam bank tu pulak, abg yang i berurusan tu layan i dengan sangat ramah dan mesra. Macam ni lah yang kita nak, layan pelanggan dengan ramah, bukan tengking- tengking. Terus hilang penat i sesat tadi.

I sampai rumah dah 5.00pm lebih- lebih. Nasib baik tak sesat jalan balik ke rumah. Then tak mahu masuk office dah, penat. And harini Mr. bf ada interview dekat SS14, PJ. And he get the job. Alhamdulillah. So lepas ni he just like tak sampai an hour drive je dari rumah i. Suka sangat.

Balik rumah i dah penat rehat- rehat je, tak masuk office dah sambil sms je dengan si bf. Tiba- tiba dia msg i and cakap boleh tolong tak? Then terus tiba- tiba pintu rumah i kena ketuk and ada suara orang lelaki. Nasib baik i dengan Ejat, tapi cuak jugak nak bukak pintu. Then kami tanya siapa? Dia jawab Mizan.

I was like Mizan? Eh, bukan Ammar pergi interview dengan Mizan ke? Bila i bukak je pintu, tersembul muka si bf dengan ini di tangan sambil nyanyi lagu Happy Birthday untuk i.

Roses and cakes :)

Mini happy birthday cake for myself
Three roses means:
I LOVE YOU
I MISS YOU
I NEED YOU
And i sangat terharu ok. Rasa macam nak peluk cium je u masa tu jugak, tapi i malu "-_- Plus today is our 4th month being together. Tq sayang, for the early birthday present. I terharu. Langsung tak sangka sebab tadi u tipu i cakap u dah dekat KL dah, otw nak balik rumah. Mengada tau. Tq so much. And to Mizan juga, special thanks sebab tolong Ammar menjayakan rancangan dia :)


Tuesday, March 29, 2011

Monday, March 28, 2011

What's inside the bag?

Siapa pernah tengok Fuhh!!! Angkat tangan. Alaa, dekat TV3 yang Awal Ashari jadi pengacara tu. And ada 1 segmen yang i paling suka part selongkar tu, where wartawan akan randomly pick artis and selongkar apa ada dalam handbag dia. I suka sebab sibuk nak tau apa benda yang orang lain bawa dalam bag/handbag dia.

So harini i berbaik hati (budget artis) suka- suka nak reveal apa ada dalam hadbag i yang selalu bawak hari- hari. Mostly benda ni memang selalu ada dalam handbag i lah. Tadaa.

The bag.Momoe, Mid Valley.
What's inside the bag.
Ok, zoom sikit.
Susun kemas- kemas.
So, dah tengok apa ada kat dalam kan? Now meh i cerita satu- satu.

Paling wajib, purse & name card holder(with my card inside of course!). And my Hazel hp (not in the picture)
My make ups. From left to right (clockwise).
1. Leave on conditioner, Sunsilk (Straight perfection)
2. Lisptick, Secret in Pucker Pink
3. Lipgloss, Rimmel London
4. Lip balm, TheFaceShop in RD301
5. Infinite Powder Fonudation, TheFaceShop in NB25
Tissue, pad & Oil Control Film (Clean & clear). Oil control film ni paling penting utk pastikan muka oil-free :)

Keys & Kingston 4GB pendrive. Kunci rumah (Egypt from Nabil) & kunci motor (Sydney from Fairuz). Soon, akan tambah lagi 1 kunci :)
Sunglasses, Vincci, Mid Valley.
Paling banyak. Sikat pink, and hair accessories. You can see semua warna hitam to easily match.
Dan yang terakhir, stationery & panadol (wajib ada!) and keronsang (for emergency).
And now i nak tag (tiba- tiba sukahati je nak tag) siapa- siapa yang rajin nak reveal, tapi nak jugak tag Izyan, Adilah, Eip, Fairuz, & MO kalau rajin :)

A gift form BP

Remember this entry?

Well, i know this is kind of back dated and all, tapi nak buat macam mana. I busy :P Like super busy, sampai nak update entry yang 2 weeks ago pon harini baru boleh nak update. Sebenarnya i cuma lupa nak transfer gambar.

So back to the main point, i just nak say bunch of thanks to my bf sebab susah- susah je belikan i ni:
Blueberry Cheese Tart Noy's
yang i pesan, and ini yang tiba- tiba je tolong belikan

Kerepek ubi
Semua original dari Batu Pahat. Memang terbaik. Thanks darl, ilysdm.

Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak Bulan 4-6 2011


Harini i nak join Budak Botak. Dia ada offer untuk join dia punya bloglist bulan 4-6. Tapi, untuk 100 yang terawal je. Siapa yang nak join, boleh la pergi sini.

p/s: Btw, i perempuan ye budak botak :P

Do you know how much i hate Monday?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------> This much & more.

Macam mana i boleh anggap harini 29 hb pon i tak tahu. Suppose i & boss ada seminar dekat PWT*, 29hb. So i dengan yakin nya cakap pada boss yang seminar tu harini, without realize yang sebenarnya esok baru lah seminar tu. And the best part is, kami dah sampai dekat depan PWT* and i baru perasan yang harini 28hb. Bongok betul lah i ni. Rasa sangat bebal, stupid & idiot. Aish!

Malu pon ada. Padahal dah banyak kali i check calender, tapi kenapa lah i boleh cakap harini 29hb? Patut lah macam tak semangat je nak pergi seminar tu. Dah la kena bangun awal gila. Mengantuk nya. And esok kena buat balik benda yang sama +_+

Friday, March 25, 2011

Birthday, but not in a mood.

[Google image]

My birthday is just in a week time. But seriously don't have a mood to celebrate at all. For now lah. Tak tahu lah kalau esok ke, kejap lagi ke tiba- tiba jadi excited tak dapat nak buat macam mana dah lah kan. I don't know why. Maybe i'm getting matured when birthday is not fun anymore to celebrate?

[Google image]

p/s: Even tak ada mood, still kalau nak bagi hadiah (s) sangat dialu-alukan. Nak buat surprise birthday party ke, lagi lah dipersilakan. TQ :P

Thursday, March 24, 2011

In a week time

Pagi tadi abang dari P*r*d** call and cakap loan dah lulus. Alhamdulillah. Insyaallah in a week times, i akan dapat jumpa my baby. Serius tiba- tiba teruja tak sabar dan ni. Harap nya time i balik untuk Majlis Sambut Menantu Pok U nanti, i dah boleh jumpa dengan my baby. Now dalam mood tengah berangan bila baby lahir nanti macam mana nak 'main' dengan dia. Mesti tergagap- gagap, lambat je & tak berapa nak mesra lagi +_+ Practice make perfect kan?

Office wear

Esok (Jumaat) i ada meeting dengan SD* dekat Menara RK*, KL. Then Isnin pula ada B*MB* Course dekat PW*C. Nampak macam sangat wanita bekerjaya kan? Hehe. I loike. Tapi masalah nya i macam tak ada proper office wear lah untuk attend booth meeting & the course. Well, my office not require us to pakai the proper office wear to office. Macam u boleh je nak pakai jeans, t-shirt ke apa ke. So i memang tak banyak lah office wear. Ada 2 je kot. Tapi since now dah gem*k, i couldn't fit size M anymore :( Nak pergi shopping office wear lah weekend ni. Siapa nak ikut? Mr. bf nak teman x? :P

Wednesday, March 23, 2011

Apa itu rindu.

Special dedicated to Mr. Bf.

I miss the old times.
Masa kita tak jauh macam ni.
Masa u dekat je dengan i. Call je, tak sampai 5 min dah ada depan rumah.
Masa i mengorat u dulu- dulu.
Masa i ajak tengok wayang, then malam nya terus dapat tengok.
Masa i paksa u teman makan kerang dekat senggarang.
Masa tiba- tiba je keluar tanpa arah tuju dengan Eip, Zyro, Khai, Emy, Jambu dll.
Masa pergi layan MCD breakfast pagi- pagi.
Masa karok banyak- banyak lagu sampai sakit tekak.
Masa u tolong belikan i makanan bila i tak boleh keluar.
Masa u teman i makan dekat 25 jam.
Masa pergi je kelas, nampak muka u.
Masa pergi hantar assignment sama-sama.
Masa study sama- sama untuk final exam dekat Esso.

Walau pon masa tu, u tak adalah nak layan i sangat.
Pandang i pon sebelah mata je :P
Tapi serius i rindu.
Tak suka jauh- jauh macam ni.
I rindu sangat masa kita dekat macam dulu.
Tak suka macam ni.

Cepat lah sayang, kerja dekat dengan i.
I rindu semua masa tu.
Semua benda yang kita buat sama- sama.
Kesimpulannya: IMY En. Ammar. Rindu!

Result SPM 2010 akan keluar harini.

[Sumber: Google]

Harini result SPM tahun lepas (2010) akan keluar kan? Mesti adik- adik semua cuakkkkkk sangat. Hehe. Tak apa, jangan risau. Semua tu dah berlalu, cuma tabah je la dapat result nanti. Kalau bagus, tahniah! Kalau kurang bagus, boleh usaha lagi. Tapi kalau bagus pon, still kena berusaha untuk lebih maju kan?

I pon dah pernah alami masa ni. Result tak lah hebat sangat sampai i dapat straight A's. Tapi still dapat masuk matrik then degree and now dah pon kerja. Tak convo lagi i dah dapat kerja tau :P haha! Riak gila, tak baik. Kalau result teruk, bukan bermakna hidup dah berakhir.

Apa pon result adik- adik semua, face it. Dan jangan lupa apply scholar/ institusi mana- mana yang adik- adik minat nanti. And teruskan berusaha and jangan putus asa. Good luck!

Tuesday, March 22, 2011

Pelaburan masa depan.

Kalau nak beli mixer & oven, ok tak agak- agak? How much will it cost me?

Proses kelahiran baby

Tadi pergi bank untuk print 3 months bank statement. Balik office then fax. Dah lah hujan, orang pula ramai. Cash kat tangan ada RM13 kot. Tiba- tiba akak tu cakap kena bayar RM20. Wtf. nak print bank statement pon kena charge ke? Nasib baik dalam account ada lah balance beberapa keping not. Dah hujung bulan ni. Kalau tak, mesti malu +_+ Kesian i kan?

Serius tak sabar nak tunggu baby ni lahir. Lambatttttttttt nya. Harap baby lahir on time, sama dengan birhday mummy ke. Baru vogue :P

Saya Cantik

Saya cantik
Saya cantik
Saya cantik
Saya cantik
Saya cantik
Saya cantik
Saya cantik
Saya cantik
*tiba- tiba*

Monday, March 21, 2011

I want you to think.

Sedeh :( Semua yang i rancang tak jadi. Apa yang i nak tak dapat. I benci orang yang semua benda pada dia susah. Semua rumit pada dia. Benda yang simple pon boleh jadi serabut pada dia. Tak faham kenapa tak boleh nak berkorban sikit. Tak faham kenapa tak boleh fikir positive. Tak faham kenapa tak boleh nak jadi optimistic. Bila bagi dua kerja dalam satu masa dah pening. Belum lagi bagi tiga, empat dan sepuluh. Boleh tak berkorban sikit? Benda kecil je pon. Simple. Kalau penat, boleh rehat lah lepas tu. Boleh minum redbull, kacip fatimah. Come on lah, macam mana nak berjaya dalam hidup kalau benda simple pon dah nampak macam rubic cube yang complex?

Sunday, March 20, 2011

My baby cepat lah lahir!

Now i tengah keseorangan di rumah +_+ Bosan gila ok. Tak tahu nak buat apa. Dah lah lapar. Tapi malas gila nak keluar ke apa ke. Semua malas. Ingat nak call Mcd je lah satg. Asyek- asyek Mcd je, patut lah gemuksssssssss :P Cepatlah my baby lahir. Tak sabar dah ni. Mummy tak larat dah nak tanggung ni semua. Cepat- cepat lahir ye, baby. Harap semuanya berjalan lancar. Amin.

Friday, March 18, 2011

The Only Exception

By: Paramore
when i was younger i saw
my daddy cry
and curse at the wind
he broke his own heart
and I watched
as he tried to reassemble it
and my momma swore
that she would
never let herself forget
and that was the day that I promised
I'd never sing of love
if it does not exist

CHORUS:

But Darlin...
you are the only exception
you are the only exception
you are the only exception
you are the only exception

maybe i know somewhere
deep in my soul
that love never lasts
and we've got to find other ways
to make it alone
keep a straight face
and i've always lived like this, keeping a comfortable distance
and up until now i had sworn to myself that I'm content with loneliness
because none of it was ever worth the risk

CHORUS:

well you are the only exception
you are the only exception
you are the only exception
you are the only exception

i've got a tight grip on reality
but i can't let go of what's in front of me here
i know you're leaving in the morning when you wake up leave me with some kind of proof it's not a dream

oh oh oh

CHORUS:

you are the only exception
you are the only exception
you are the only exception
you are the only exception

repeat chorus 1x

and I'm on my way to believing
oh and I'm on my way to believing

Impian bakal jadi kenyataan?

Memang akan jadi kenyataan, tapi mesti berusaha.

Semua orang ada impian kan? So do i. Macam- macam jenis impian kita ada. Nak kahwin dengan putera raja lah, nak hujan duit lah, bangun pagi terus body selim- melim lah, tengok cermin muka tiba- tiba jadi cantik flawless macam Azreen la. Haha. Jk!

Dalam tempoh terdekat ni, impian i cuma nak dapatkan apa yang i dah impikan selama ni. Pelaburan untuk masa depan: kereta, rumah. Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh PM Najib kita sounds great kan? Siapa tahu macam mana or apa kelayakan dia?

Then kereta. Harapnya latest by next month i dah boleh pakai kereta. Plus next month kan birhtday i. Kira macam hadiah birthday untuk diri sendiri lah. Boleh? :P

And for now, i dah jumpa my Mr. Right. Sayang, cepatlah dapat kerja kita tunang then kahwin. Haha. Gila gatal. I doakan hubungan kami kekal sampai ke syurga. Amin.

And nak balas jasa mama papa. So far i cuma mampu bagi setiap bulan sikit- sikit je lah. Setakat yang mampu. I tahu, jumlah tu sangat sikit tapi hope dapat ringankan beban depa walau pon sikit. Nak mewahkan depa memang i belum mampu lagi. Tapi slow- slow lah. Moga Allah swt permudahkan jalan i. And bila i dah berjaya, i berdoa agar i tak lupa diri & sentiasa ingat asal usul & keluarga.

Tapi kalau ikut hati & nafsu, memang banyakkkkkkkkkk sangat benda i nak beli. Designers handbag/kasut/baju, make ups yang mahal- mahal warna- warni, makan sedap- sedap. Tapi tu lah, tak baik lah ikutkan sangat syaiton tu semua. Kena berpada- pada. Sebab gaji pon cukup-cukup (kadang- kadang tak cukup) so kena berjaga- jaga lah kan. And dengan nak bayar installment kereta setiap bulan lagi nanti.

Dan tiap- tiap hari i doakan Ya, Allah ya Rahman ya Rahim, kau berikan lah rezeki kepada Ammar bin Hashim dan permudahkan urusannya untuk dapat kerja serta cepat- cepat dapat kerja yang sesuai. Amin.

Kepantangan #1 Do's & Dont's

Ke-pantang-an i yg paling pantang ialah bila orang pakai barang i. I don't mind if u nak pakai barang-barang/baju/accessories atau apa benda pon milik i. Serious tak kesah. Tapi i do mind bila dah pakai, tak letak tempat asal, letak merata- rata sepah- sepah. Bila i nak guna mula la tak jumpa cari, tak tahu kat mana. Paling stress i kalau macam tu.

Sebab i bukan jenis sepah- sepah. Nanti i jadi serabut. Tolong lah, lepas pakai letak semula kat tempat dia. Cuba kalau u punya barang, orang pakai and letak merata. Mesti bengang kan? So nanti lepas pakai tolong letak semula tempat dia ye.

Thank You in advance :)

Thursday, March 17, 2011

Festival Belon Air Panas Putrajaya, Malaysia

Tahun ni dah masuk tahun ke-3. I sekali pon tak pernah pergi lagi. Teringin sangat nak pergi sejak tahun- tahun yang lepas lagi. Tapi tak pernah kesampaian. And tahun ni punya pon still tak boleh pergi jugak :( Tak apa lah, dah tak ada rezeki nak buat macam mana. (Ayat nak pujuk hati sendiri. Padahal dalam hati dah banjir sebab sedih gila) Tapi walau pon i tak dapat pergi, tetap nak share dengan semua orang pasal event kali ni.

Bila? Dimana?

Balloons yang terlibat.

Aktiviti sampingan.



Tapak pesta.
Untuk keterangan lebih lanjut, boleh ke official webpage untuk fiesta kali ni di sini. Semua pon ada. (I pon ambil info & gambar dari sana :P) Dari bagaimana nak ke sana sampai lah ke di mana nak parking kereta anda. Macam- macam acara menarik lah ada kat sana. Pergi, jangan tak pergi. Tapi jangan lupa bawa topi/payung/sunglasses/ pakai sun-block banyak- banyak :P

Menarik kan? Apa tunggu lagi, cepat la serbu!!!

p/s: Ada siapa nak bawa i tak? tsk tsk tsk "+_+

Wednesday, March 16, 2011

Key-chain comel.

Siapa tahu apa benda yang comel kat atas ni? Ye, pandai. Ini lah key-chain yang selalu orang letak dekat handphone tu. Or orang panggil hp charm kot? Ntah apa- apa lah yang orang panggil. Benda ni free gift kot. Sebab ada tulis F&N Fruit Tree dekat badan dia. Benda ni kecil je, comel sangat. Pak cik i bagi masa pergi wedding dia haritu. Ada macam- macam perisa lagi ni ha! Benda ni berupa botol air buah- buahan tapi dalam saiz mini. Or orang panggil miniature? Haha. Whatever. I memang selalu tak tahu apa orang panggil. Suka hati i je nak panggil apa- apa.

Yang ini i punya. I berjaya merampas sebanyak 3 ketul. Mango, Orange, and Grape :) Malu lah nak ambil banyak- banyak berebut dengan cousins kecik yang lain "+_+

Tuesday, March 15, 2011

He is having his LI Presentation

Since semalam, En. Bf pergi ke BP untuk buat presentation Industrial Training. Maybe dia akan ada kat sana sampai Khamis/Jumaat. Amboi, hebat kan dia berjalan? Presentation hari Rabu. Tapi Isnin lagi dah sampai sana. Lepas presentation tu tak nak terus balik pulak kan? Aish! *Apa yang dibuat nya kat sana :P*

So sebagai bf yang penyayang, mestilah belikan gf dia souvenir kan? Dengan tak malu nya i pesan supaya dia belikan i Blueberry Cheese Tart Noy's yang sedap lemak berkrim. So now tak sabar tunggu si dia balik from BP!

All the best for your presentation. Balik cepat- cepat tau. Have a safe journey sayang.

X.O.X.O

Lawak #1: 20 Cara Untuk Jadikan Roommate Anda Gila

Actually i tengah boring ni. And stress juga. Kalau u all pon sama dengan i, jom kita baca ni and gelak ramai- ramai. Jangan stress- stress lagi.

Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? Get ready for the payback time...

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

Hehe..try lah...

Monday, March 14, 2011

Andainya Kau Tahu

Stress sebab i tunggu upload gambar wedding semalam (Pok U) tak siap2 dari pagi lagi. Maybe sebab gambar banyak sangat kot? Tapi dah penat sangat dah ni tunggu +_+ Macam- macam kerja dah buat. So sementara tu, buat kerja & google sana- sini.

And i found this. Would like to share here. Agak panjang, tapi worth it untuk dibaca, terutamanya para lelaki untuk lebih kenal pasangan (wanita) masing- masing.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


Friday, March 11, 2011

Contest Mesti Menang



Di sebabkan i harini terlebih rajin, so harini i nak join satu lagi contest yang dianjurkan oleh Cik Tatie.

Sebab i rasa entry ni akan jadi sangaatttttt lah panjang, so mari kita start dengan contest ni. Nama contest ini adalah Contest Mesti Menang. Ada banyak hadiah menarik dan syarat untuk join contest ni boleh di lihat di sini.

Perkahwinan i lebih lengkap dengan adanya pelamin, hantaran dan baju ini kerana semuanya santik cantik dan buat i rambang mata. Tapi ini cuma angan- angan/ plan i buat masa ni lah. Maybe bila sampai betul- betul nak kahwin mungkin akan macam lain pulak kan jadi nya. Hehe. Semua ni i cuma google and tengok yang i rasa berkenan. Jom layan.

First sekali mestilah baju untuk nikah. Kalau boleh time nikah i tak nak yang serabut sangat, i cuma nak yang simpe. Tapi kalau boleh bukan putih. Biar dia lain sikit dan bewarna- warni :) Tapi tak nak lah warna yang terlampau garang atau shocking. Maybe baby pink, soft yellow, baby blue or peach. Tapi yang penting mestilah ada banyak manik/ labuci. Haha! I kan Drama Queen. Simple pon tetap nak meriah dengan bling- bling.

Contohnya macam baju ni. I suka sebab dia simple. Tapi part yang paling i suka sebab dia ada belt from ribbon dekat pinggan tu. Tapi maybe leher bukan bentuk U, and tambah more sequins please :P
Or macam baju Dr. Syed Muzaffar & Dr. Halina. I suka baju Dr. Harlina tu. Simple yet nice and adorable. Manik- manik dia sangat tersusun and terletak dekat tempat- tempat yang sangat nice.
P/s: Tatie, i perasan sampin Dr. Muzaffar macam yang Hazrul pakai during your engagement kan?
Tapi yang ini pon cantik. Ungu pekat. Lawa jugak. I suka part yang kain meleret tu. Tapi kalau time nikah macam ni ok ke? Tapi tetap vogue.
Or macam Umie Aida punya. Cantik ok! Hitam. Still nampak vogue. Tapi kan, kalau nikah maybe tak sesuai warna ni. Tapi design dia i super loike!
Seterusnya baju persandingan. I ada pasang impian yang i nak pakai baju tradisional dan juga baju gown. Hehe. Tapi i tak nak yang sheksi lah for sure. And nampak ayu je bila pakai :) Baju gown/ dress time potong kek and baju tradisional masa sanding.

Contohnya macam gown ni. Menawan sungguh. And sangat sopan. First time i tengok baju ni terus feeling ala- ala Snow White gitu.
Yang ini pon cantik sebab dia sangat simple. Putih and ada little bit of red. Sangat cantik and effortless.
Ini i suka details dekat pinggang dia. Superb! Tapi maybe both dresses tu boleh tambah lengan or pakai inner so that tak seksi sangat? Maybe?
And untuk baju tradisional pula, i suka warna yang terang macam merah, brown or purple gelap or boleh jugak turquoise gelap.

Lagi sekali dress Dr. Harlina ni jadi tumpuan i. Cantik sangat. The details and all sangat nice, beautiful and tak tahu nak terang dalam penulisan macam mana :P
Yang ini pon cantik, effortless and sopan je.
Atau merah supaya lebih ceria dan gembira.
Atau macam Hunny Madu, tak sama warna ok. Tapi cantik. Tak payah nak pening- pening. Very effortless. Baju Hunny Madu sangat cantik ok!
Atau macam Amber Chia, tak sama warna. Tapi tetap cantik. Hijau and putih is always a perfect match.
Kalau obsess sangat dengan Hello Kitty boleh pakai dress ni :P
Atau lebih dramatic, Dress bulu burung Merak!
Majlis i nanti, harus lah ada banyak inai di jari, tangan dan kaki.

I sangat obsess dengan inai & warna pada kuku. Terima kasih :)
For pelamin pula, i nak yang simple tapi nampak mewah. Hehe. Biasalah tu. Yang penting mesti cantik and i suka warna garang juga.

Background putih, pelamin (sofa) hitam dan ada hiasan bunga ros merah. Just perfect!

Atau macam ni, putih dengan hiasan fresh flowers putih & daun hijau. Sangat cantik. Ni yang rasa nak kahwin sekarang jugak :P
Ini pon cantik. Merah. I like, as always. Sangat effortless yet stunning!
And untuk konsep hantaran pulak, i tak tahu sangat. Maybe bila majlis i nanti, i serahkan semua pada wedding planner/ Mama tersayang. Hehe. Tapi ada few yang i rasa cantik.

Paling senang kalau kita letak dalam bekas/ bakul, hias sikit- sikit dah jadi sangat cantik.
Warna pink lembut dengan hiasan bentuk hati tu sangat lah romatik dan sweet gitu. Tambah lagi kalau ada fresh flowers, meletop!
Dan ada kek yang cantik pasti jadi tumpuan semua orang :
Kek warna pink- putih amat sesuai untuk majlis Perkahwinan atau Pertunangan. Lembut je.
Atau penuh dengan buahan segar. Pasti menarik!
Gabungan warna blue black & pink menarik perhatian :)
Tapi apa- apa pon, yang penting, majlis kahwin mestilah dibuat ikut kemampuan kita sendiri kan? Jangan sebab nak menunjuk, habis kurus kering sebab ikat perut nak saving. Kalau ada budget lebih, boleh la buat besar- besaran sikit. Tapi kalau tak mampu, cukup lah sekadar apa yang perlu. Kalau nak tutup mulut orang dari mengata atau nak puas kan hati semua orang sampai Hari Kiamat pon tak dapat lah kita.

Yang lebih penting, persediaan lepas kahwin tu sendiri. Maklumlah, nak mula kan hidup baru. Jangan anak dah masuk sekolah menengah, hutang kahwin tak settle lagi :( Dan niat tu penting, dirikan masjid kerana Allah.

Kepada semua bakal pengantin, tahniah & semoga diberkati. Doakan i kahwin cepat juga so that i dapat penuhi impian i :) To Tatie, i doakan majlis u selamat dan sempurna serta berjalan lancar. Jangan lupa bagi i markah lebih :P I nak menang tau. Heheh.

Siapa nak join, silakan. Tarikh tutup 31 March 2011.

Wah, panjang nya entry. Penat i. Dah, bye- bye!